Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

saya tak boleh overdose

 

saya selalu percaya bahawa kita perlu hidup bersederhana
mungkin kepercayaan saya sedikit terlalu kuat
sampaikan saya berbuat benda-benda di luar kawalan
walaupun saya sebenarnya tidaklah berfikir pasal falsafah ni setiap masa
apapun, seperti segenap benda dalam dunia
ada kebaikan dan keburukan sebenarnya hidup bersederhana ni

keburukan: saya terlalu senang menjadi saya. kadang-kadang saya refuse untuk mengubah atau even memperbaiki diri saya. bukan sebab saya rasa saya sempurna tapi sebab saya suka hidup saya sederhana. tahu, tahu. selalunya akan makan balik diri saya sendiri bila saya degil macam ni.

saya rasa saya tidak kompetitif langsung. oleh itu elakkan diri anda daripada menjadi rakan sepasukan saya apatah lagi pesaing. sebab saya 'don't give a damn'. menang ke kalah ke, saya pedulik apa. margin pada menang atau kalah sekarang tidak akan memberikan impak besar dalam hidup saya nanti.

kebaikan: saya terlalu senang menjadi saya so saya tak kesahlah kalau saya ni tak hip or in trend. or tak cukup hot or tak cukup pandai. saya senang menjadi saya walau apa pun orang lain cakap. memang saya tak rasa saya sempurna tapi sederhana adalah cara yang lebih selesa. kalau nak bertanding untuk benda yang bukan-bukan, sampai kiamat pun tak habis.

saya tak boleh overdose. langsung. kemungkinan besar tanda-tanda saya pegang kuat sangat kepercayaan hidup kena sederhana ni adalah saya tak reti taksub. sangat tak reti. saya tak mengatakan bahawa seseorang yang taksub itu salah. mereka ada sesuatu untuk dikejar or dibanggakan dalam hidup. baguslah. saya tak ada. itu je.

perkara-perkara yang saya rasa overdose/taksub/overrated terlalu menyokong sesuatu kumpulan atau kelab bola padahal satu sen pun kita tak dapat kalau diorang menang terlalu menyokong kumpulan atau pergerakan politik padahal sudah terang nyata diorang tak berapa nak betul (mana ada manusia sempurna) terlalu banyak lagu-lagu 'african-american' di corong radio padahal bunyinya lebih kurang sama je terlalu banyak pendedahan pada hobi yang tak semestinya semua orang lain faham terlalu kononnya in trend walaupun trend-trend tu nampak janggal kat malaysia ni (saper lah yang start pakai sut konon-konon gothic pukul satu tengah hari kat time square?)

Baca perbualan