Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Teori versus Amali?

 

Siapa yang datang dulu?

Teori dahulu atau amali dahulu?

Kiranya persoalan seperti ini mungkin tidak sekompleks persoalan "telur dan ayam" (siapa yang datang dahulu? telur atau ayam?) tetapi harus diberikan perhatian.

Ramai diantara kita bercakap mengenai teori yang telah dilaraskan dan diperkenalkan oleh pihak-pihak yang dirasakan arif terhadap sesuatu bidang. Tapi dari mana datangnya teori?

Di dalam bidang penulisan, perfileman dan seni lukis secara amnya, sesuatu gerakan yang menterjemahkan teori bermula dari perlakuan amali/gaya beberapa pihak yang membawa mesej yang sama, latar belakang kerja yang sama. Di dalam filem kita ada neo-noir, drama, noir, indie dan bermacam gaya yang dikategorikan mempunyai identiti sendiri yang akhirnya menjadi teori kepada pembikinan sesuatu filem.

Begitu juga dengan bidang seni lukis yang merangkumi gaya seperti pasca-impresionis, impresionis, cubism, neo-impresionis, dan bermacam lagi gaya. Dari gaya-gaya yang dilahirkan oleh beberapa manusia ini, terlahir pelbagai teori mengenai persamaan antara para artisan yang terlibat dan menjadi teori kepada seni lukis yang menjadi bahan kajian.

Di dalam bidang sains dan matematik pula, hipotesis muncul dahulu dan kemudian dibuktikan oleh amali. Hipotesis datangnya dari kemungkinan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadi apabila suatu elemen mendorong suatu elemen lain bertindak. Setiap elemen memberikan tindak balas yang berlainan. Sains bersifat derivatif, satu perkara membawa kepada suatu perkara lain. Satu teori membawa kepada satu teori yang lain. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat bahawa teori yang pertama diwujudkan atas pemerhatian terhadap amali yang terjadi (seperti jatuhnya epal ke bumi yang menghasilkan teori graviti).

Dapat disimpulkan bahawa amali datang terlebih dahulu sebelum sesuatu teori. Golongan pioner/pemacu yang menghasilkan amali mendatangkan teori ini mungkin tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti gaya yang mereka ilhamkan itu bakal menjadi suatu teori.

Jadi, apakah kita ini golongan yang mengikut dan mengkagumi teori atau kita ini golongan pemacu amali mendatangkan teori?

Mungkin hari ini amali kita itu digelakkan (seperti Galileo digelakkan malah dikasari oleh pihak gereja berikutan teori sainsnya) dan disindir tetapi siapa tahu amali yang kita lakukan bakal menjadi bahan kajian suatu hari nanti?

Jangan putus asa mencuba.

Tetapi bukan setiap yang lain dari yang lain itu berguna maka buatlah yang terbaik. :)

Baca perbualan