Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

12 sebab aku marah apabila menonton Blood: the Last Vampire

  • jojo
  • 15 years ago
  • 1,651

 

Blood: the Last Vampire adalah adaptasi daripada komik Jepun. Komik ini telah dikeluarkan dalam bentuk anime, novel, video game dan filem animasi. Terbaru, aku telah diberi 6 keping tiket percuma untuk pratonton filem ini di Mutiara Damansara.

Cerita berkisar tentang karekter utama filem ini yang bernama Saya (Jeon Ji-hyun) yang mahu membunuh Onigen (Koyuki); vampire yang paling kuat. Dibantu oleh agen dari Amerika yang menyediakan kelengkapan, logistik dan maklumat, Saya akhirnya dihantar ke satu sekolah dalam kem tentera untuk menghapuskan vampire yang menyamar manusia di sana. Di situ, beliau berkenalan dengan Alice (Allison Miller)

Filem ini ditayangkan bermula hari ini dan aku berkesempatan untuk menonton secara percuma 2 hari lepas.

Genre: Action, Horror, Thriller
Laman sesawang rasmi: http://www.sonypictures.com/movies/bloodthelastvampire/ 
Video berkaitan: Video search @ Google

Versi selamba.

1. Mempunyai pengaruh filem 300 terutama ketika berlawan, darah dan sinematik. Mungkin komik asal memang begitu (sebab aku tak follow komik). Perluke sebegini?

2. Jeon Ji-hyun tidak sesuai berlakon filem ini. Serius tak sesuai. Dia sesuai berlakon filem2 comel macam My Sassy Girl aje.

3. Scene yang ganjil. Sewaktu pembunuhan Kato, Saya telah berlari meredah hutan semata-mata menyelamatkan Kato. Tetapi, sewaktu Saya mahu membunuh pembunuh Kato itu, beliau melakukan gimik dengan panjat pokok dan menterbalikkan badan beliau. Kemudian, dari atas pokok itu, beliau turun lalu menghunus pedang ke arah pembunuh Kato. PERLUKE SEBEGINI SUSAH?

http://4.bp.blogspot.com/_iM3_yfj1Y3c/SYmF4E2QZgI/AAAAAAAACuY/_N3DwAdZz2I/s400/Blood_The_Last_Vampire_6.jpg 
Aksi ketika cuba menyelamatkan Kato 

4. Jeon Ji-hyun tidak memerlukan skrip yang banyak. Hanya perlu banyak melompat.

5. Transformasi Cikgu yang mengajar Kendo pada Alice menjadi seekor vampire agak melucukan. Aku lagi takut tengok transformasi Pontianak dalam Malam Satu Suro (filem Indonesia).

6. Babak-babak terakhir menunjukkan lori yang dinaiki oleh Saya dan Alice terjunam ke dalam gaung yang SANGAT DALAM. Diorang dah sampai dasar gaung dah ni tapi satu scratch pon tak de. Wow!

7. Onigen digambarkan sebagai satu vampire yang paling tua, (super comel juga!), paling kejam dan kalau membunuh pasti akan menghancurkan kepala mangsa. Tapi, pergaduhan terakhir Onigen dan Saya menunjukkan bahawa Cikgu Kendo Alice lagi hebat berbanding Onigen.

8. Perlawanan yang paling menarik dalam filem ini adalah ketika berpuluh2 samurai mahu membunuh Kato. Malangnya, scene itu terlalu sekejap.

9. Perlawanan yang paling mencuit perhatian adalah apabila 2 pontianak negro yang berambut afro mahu membunuh Saya. Ada satu bahagian yang mana Saya berjaya membaling pisau potong daging ke arah vampire tersebut dan berjaya memotong rambut afro tersebut.

10. Scene yang mungkin boleh membuat anda rasa ngilu adalah ketika Alice melukakan tapak tangannya untuk memberi darah kepada Saya yang pengsan.

11. Anda mabuk darah? Tak boleh tengok darah merah? Jangan risau, walaupon cerita ni dari mula sampai habis asyik darah, darah dan darah aje.. tp anda anggaplah semua tu kicap sebab darah yang memancut itu rata-ratanya berwarna hitam. Jadi tak perlu risau.

12. Aku sudah membawa 2 sweater untuk menutup muka kerana filem ini dilabel "horror", "action" dan "thriller" oleh IMDB. Sepatutnya aku bawak PSP sambil tengok filem ni.

Ok, kali ni aku tak marah dengan audience dalam panggung wayang sebab aku pon banyak kali gelak tengok cerita ni. Bukan gelak sebab lawak tapi gelak sebab.. err.. ok abaikan.

p/s: Kalo korang ada pilihan lain, tolong lah tengok movie lain. Time kasih :D 

 

 

Baca perbualan