Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Geli dan Terperanjat dengan Drag Me To Hell!!

  • jojo
  • 15 years ago
  • 3,160

 

Drag Me To Hell mengisahkan tentang seorang pegawai bank bernama Christine Brown (Allison Lohman) yang cantik dan gigih dalam kerjayanya sehingglah pada suatu hari seorang nenek yang hodoh datang ke bank tempat beliau bekerja.

Christine Brown cuma ada masa 3 hari saja untuk hidup setelah disumpah oleh nenek hodoh itu. Punca beliau disumpah tidak boleh diberitahu kerana anda harus tonton sendiri di pawagam.

Selepas hari ketiga, Lamia akan datang kepada Christine Brown dan menangkap beliau dan seterusnya diheret ke neraka. Tapi, sebelum diheret ke neraka, Christine Brown telah mengalami 3 hari yang paling dasyat dalam hidupnya.

Versi selamba.

1. BEST GILE!!

2. 2 orang rakan di kiri dan kanan aku komplen bahawa aku tak senang duduk dan bergoyang2 dengan sangat dasyat sepanjang movie ini. Ya, aku berkelakuan begitu sebab aku takut.

3. Scene lalat datang dari tingkap dan masuk ke dalam hidung dan mulut Christine Brown adalah sangat geli.

4. Oh! bukan itu saja, digigit oleh nenek hodoh yang tidak bergigi juga geli

5. Lagi! nenek hodoh itu sudah mati tetapi sempat muntah hijau pada Christine Brown

6. Lagi! mata nenek hodoh itu tersembul keluar dan masuk ke dalam mulut Christine Brown

7. Juga lagi! mayat nenek hodoh itu terapung dan memeluk sambil matanya keluar cacing.

8. Lagi lagi! Christine Brown ditumbuk oleh nenek itu dan lengan nenek itu masuk ke dalam mulutnya.

9. Penuh dengan scene terperanjat. Scene sapu tangan yang menyerang kereta itu membuatkan aku menjerit!

http://moviesmedia.ign.com/movies/image/article/961/961522/drag-me-to-hell-20090311013151336_640w.jpg 
kredit: moviesmedia.ign.com 

10.Lagi! scene Christine Brown mengumpulkan barang2 lama untuk dijual kemudian nenek hodoh itu muncul membuat aku melompat!

11. Lagi! Tibe-tibe nenek tua itu muncul di sebelah katil Christine Brown tido! Kali ni aku menyumpah seranah sebab terperanjat dan geli! Pakej!

http://www.guttermagazine.com/blog/images/stories/drag-me-to-hell_l.jpg 
kredit: www.guttermagazine.com 

12. Lagi! Scene memanggil roh Lamia datang membuat aku terperanjat bila roh Lamia dihantar ke kambing!

13. Lagi! lagi! scene Christine Brown diserang dalam kereta membuatkan aku menyepak-nyepak kerusi orang depan (maaf orang depan).

Haih! terlalu banyak untuk dicerita. sekejap2 aku akan terperanjat (kerusi bergegar dengan hebat), menjerit, menyumpah seranah dan cuak sepanjang menonton filem ni. Kepada yang gemar menonton filem horror, action dan thriller.. filem ini adalah yang terbaik setakat ini pada tahun ini. Filem Blood: the last vampire tu bertahap bulu ketiak aje kalo nak dibandingkan dengan filem ni.

Nasib baik aku bijak dengan mengeluarkan wallet dan phone dari poket, lalu menonton filem ini dari celah2 wallet.

Daripada 10 bintang, aku kasi 13 !! IMDB mesti mempunyai reviewer yang cacat akal kerana memberi 8/10 sahaja. Moral kepada cerita ini adalah layanlah warga emas dengan baik sebelum anda disumpah dan diburu oleh Lamia. Hihi.

http://scifiwire.com/assets_c/2009/05/DragMeToHell_ganush_button-thumb-550x367-18369.jpg 
kredit:scifiwire.com 

 

 

Baca perbualan