Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku, Megan Fox dan Transformer 2: Revenge of the Fallen

  • jojo
  • 15 years ago
  • 3,224

 

Aku berkesempatan meredah lebuhraya licin dengan disulami dengan rintikan air hujan yang membasahkan bumi lalu menuju ke panggung wayang untuk menyaksikan filem ini. Sambungan daripada Transformers, filem ini telah memaksa aku membeli tiket lebih (2 hari lebih awal) dan memberikan kepada kawan-kawan (bukan belanja) untuk bersama-sama aku berhibur.

Filem ini mengisahkan pertarungan organisma robot raksasa yang boleh berubah bentuk. Telah berlaku sesuatu kepada Sam Witwicky (lakonan Shia LaBeouf) pada hari beliau ke kolej dan kejadian itu telah mengubah lanskap rumahnya sekali lagi. Anda akan terhibur dengan melihat bagaimana teknologi komputer dapat menghidupkan robot-robot ini dan kagum dengan kelicikan mereka menggabungkan filem, animasi, manusia, hutan, bandar, angkasa lepas dan Megan Fox.


 http://www.blogcdn.com/www.cinematical.com/media/2008/12/trans22-(2).jpg
Kredit: scificool.com

Saya syorkan anda menonton filem ini secepat mungkin dan rasakan keseronokannya dari pertengahan filem sampai habis. (Permulaan filem ini agak ringan dan bosan pada babak-babak awal melainkan jika anda peminat Megan Fox).

Daripada 10 bintang, saya beri 13! 

Versi Selamba:

1. Aku bersyukur lahir sebagai seorang lelaki kerana puas hati melihat Megan Fox sepanjang movie ni.

2. Antara scene yang menarik untuk diperkatakan oleh seorang lelaki adalah scene Megan Fox berlari sambil memakai tube. Ya, ketika ini kamera sedang slow motion.

http://www.blogcdn.com/www.cinematical.com/media/2008/12/transformers2-(2).jpg
Kredit: Blogcdn.com 

3. Movie kali ni lagi best berbanding dengan sebelum ni dari segala sudut. serius best. super best. gile gile gile best.

4. Kali ni, aksi bergaduh robot adalah lebih real dan syiok berbanding sebelum ni yang agak bersopan santun dan berbudi pekerti mulia. 

5. Robot-robot kali ni lebih kejam dan lebih sadis dan ada lelaki serta perempuan serta bernafsu.

 http://4.bp.blogspot.com/_t9QLu5SITiw/SFF2hRYHE8I/AAAAAAAAALE/jb9ZCSxUzSg/s320/Transformers2_%2BArcee.jpg
Kredit: Image library Blogspot

6. Darah adalah merata-rata disebabkan oleh luka tangan robot terputus, kaki robot tercabut dan kepala robot hancur tapi darah tu semua diganti dengan minyak.

6. Ya, kali ni lebih lawak berbanding sebelum ni. 

7. Kali ni Optimus Prime bergaduh dan berupaya untuk membunuh! Hebat kan? Kalo sebelum ni nampak Optimus Prime nak picit semut pon malu-malu gittew.

8. Megan Fox! Megan Fox! Wow! Walaupon role dia boleh kata tak perlu pon, tapi dia adalah simbol seks yang mampu menarik golongan lelaki nakal seperti Syamsul Firwan b. Mohd. Razali (abaikan).

9. Bumblebee jugak lebih masculine (memetik kata-kata bakal isteri). Benar, kali ni dia lebih aksi, lebih manja, lebih berperasaan, lebih lucu dan lebih gagah! Huriaa !!

10. Korang dah baca review aku dan masih blom decide sama ada nak atau tak nak tengok filem ni? Jangan la workoholic sangat weh.. ajak la kawan2 pegi tengok ramai2 (apa? kawan pon tak de? korang duduk dalam zoo ke?)

11. Filem ni lama hampir 2 jam setengah. Tapi disebabkan best sangat filem ni, aku tak sedar pon masa berlalu.

12. Jangan lupe bawak sweater ya. Kalo tak pon, pastikan tengok dengan berpasangan just in case kalo terlalu sejuk dulu lama dalam air-cond. Hihi

 

 

Baca perbualan