Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perlu A bahasa melayu ke kalau nak jadi penulis?

 

Anda tahukah A dalam Bahasa Melayu apakah bendanya?
A dalam Bahasa Melayu adalah memperoleh markah lebih 80% iaitu peratus betul anda dalam kertas peperiksaan.

Anda perlukan A itu atau tidak?
Perlu jika mahu sijil kelihatan cantik kerana mentaliti budaya masyarakat Malaysia memandang tinggi pada huruf A di sekeping kertas itu.

Saya sendiri A Bahasa Melayu dalam PMR. Namun B dalam Matematik dan Sains walaupun ketika itu PPSMI belum diwartakan.
Mungkin kerana saya malas belajar.
Saya tak mahu katakan saya bodoh, kerana Tuhan Maha Adil menciptakan otak yang sama kepada setiap manusia.
Tapi kenapa Albert Einstien itu terlalu bijak untuk mengesahkan teori relativitinya? Oh, dia lahir pada zaman yang betul.
Dan, Tuhan juga Maha Adil untuk memberi nafas kepada manusianya yang telah ditetapkan pada zamannya untuk terus menjadi khlifah di muka bumi.

Anda tak perlu A untuk menulis seperti saya sekarang. Tapi sekurangnya anda perlu juga tahu mengeja yang mana A.Y.A.M itu adalah nama sejenis binatang yang diajar sejak dari tadika lagi.

Anda juga tak perlu A dalam Matematik yang diajar dalam bahasa inggeris ketika ini untuk membaca nombor bas RapidKL yang menuju ke Setapak di stesyen LRT Wangsamaju. Tapi kalau anda mahu kelihatan bijak lalu mahu belajar Bioteknologi di IPTA atau IPTS, A dalam Sains itu agak perlu ketika PMR untuk anda layak masuk ke kelas Biologi.

Aku tak pernah ambil matapelajaran sastera yang spesific untuk menulis perkara ini. Sebab perkara ini tiada unsur sastera pun. Apa yang aku masih ingat A.Y.A.M itu ejaan untuk sejenis binatang dan ianya dirakam dalam otak berbelas tahun yang lepas ketika umur aku 5 tahun.

A - aaaa.. Y.A.M - yammmm.. Ayammmm.. dan aku angkat kerusi lalu letak atas meja untuk keluar dari kelas ketika waktu balik. Aku jadi orang ketiga yang keluar dari kelas. - peristiwa umur 5 tahun di tabika kemas. Tentu sekali cikgu tadika aku tadi tidak menyangka anak muridnya ini sekarang adalah menulis perkara ini.

Kementerian Pendidikan macam bodoh sebab nak membodohkan lagi pelajar dengan PPSMI atau kementerian fikir budak-budak sekarang makin bijak untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Hoi Kementerian!!!! Lebih baik engkau fikirkan idea tentang budak-budak yang pakai baju sekolah dan rakam aksi lucah diorang sendiri. Kalau diorang cerdik, diorang tak buat benda bodoh macam ini.

Bodoh punya kementerian.

Oh, Engkau (Kementerian Pendidikan) sedar pun murid sekarang bodoh? Sebeb itu engkau mahu limitkan matapelajaran 10 sahaja? Engkau bodoh lagi sebab, masih ada budak-budak pandai yang mampu dapat 30A1 dan makhluk bijak itu datang dari kaum lain?
Hoi!! Albert Einstien itu orang Jerman yang ramai orang kata tentera Nazi itu kejam.

Hah. Aku tak perlu A untuk tulis perkara sebegini. Tapi, terima kasih Cikgu Tadika yang mengajar aku mengeja. Juga Terima Kasih Puan Huzni Abdullah yang mengajar aku menulis karangan 180 patah perkataan dalam masa 1 jam setengah.

Terima Kasih.

dipetik dari Forum SMKT

 

Baca perbualan