Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal: Malu!

 

Menginjak dewasa ni, banyak benda yang berubah.

Jiran-jiran berusia semakin kerap berhijrah ke alam kemudian, contohnya.
(Giliran kita PASTI menjelang! :D)

Antara aku dengan jiran-jiran berusia tak adalah banyak memori sangat. Yelah, bukannya aku boleh main guli, bola tepuk, tutup botol, batang aiskrim dan badminton kat gate dengan dia orang. Semua tu aku main dengan anaknya.

Bercakap fasal jiran-jiran berusia, aku teringat satu peristiwa antara aku dengan seorang jiran ni. Aku darjah 5 waktu tu. Baru lepas keluar toilet abis mandi. 

"Dik. Nah, kasi kat mak!" beliau hulur setandan pisang kat pagar.
Aku berkira-kira mulanya. Tengah seksi kan. Ber'towella' je. Tapi aku pergi jugak la akhirnya.

Pisang muda. Hijau lagi semuanya. 

"Wah, banyaknya makcik! Makcik ingat family saya monyet ke?"
Aku berkecindan di dalam hati. 

"Wah, murah rezeki makcik. Makcik memang the best!"
Okey, tu pun rekaan je. Eksentrik sangat aku darjah 5 dah pakai perkataan 'murah rezeki'.

"Aaa .. aa. Terima kasih." Menjawab gagap-gagap. Baru betul.
Aku dengan gagahnya pegang pisang segedabak tu sebelah tangan. Walaupun baru 11 tahun dan belum mumaiyiz, kesasaan badan aku memang tiada taranya lagi. Angkat pisang setandan adalah sepotong kek.

"Pegang baik-baik ya." makcik tu mengingatkan. Mungkin sebab tengok aku tergigil-gigil terima tandan tu. Perut pun dah kembung kempis menonjolkan otot. Bedebah, ini pisang ke alat melangsingkan tubuh secara semulajadi.

Huh, nonsens! Lalu aku guna tangan lagi seblah untuk pegang tandan tu. Tewas juga aku dalam menunjukkan kejantanan. Dah pakai dua tangan, barulah lebih seimbang.

"Beres makcik!" kataku sambil mengangguk bangga.

Makcik tu cuma tersengih. Mungkin gelihati dengan keegoan lelaki aku. Kalau dah lelaki namanya kan? Hmm, tapi kenapa sengihan beliau dengan sudut mata yang condong ke bawah?

"Makcik?" Aku jadi hairan. Apa yang ditengok beliau?

ASTAGAAA!!!
Lapisan tipis berbulu dan bertompok taik lalat sebab aku suka sepuk tuala sesuka hati dah tiada lagi di tempat yang sepatutnya. Terselepet lesu di pangkal kaki.

Aku jadi tak keruan. Nak lepaskan pisang? Nak tarik semula tuala? Nak lari sambil menangis menjunjung pisang dan mengadu pada bonda? Nak hempukkan pisang tu pada makcik jiran kerana sebagai orang dewasa beliau patut menjangka situasi berdarah ini akan berlaku?

Aaaa.. aa!
Apa harus aku lakukan. Aku perlu selamatkan saki maruah Weapon of Mass Distruction aku yang kini terdedah lokasi dan ukuran mengagumkan walaupun masih dalam pembuatan itu pada umum.

"Alah, tak apa. Budak lagi kan. Apa nak malu." ~ ~ ~ ~

Terkeluar sepotong ayat yang kekal di ingatan aku hingga hari ini. Makcik itu hanya senyum memandang. Tiada raut mahu menghina atau menjatuhkan maruah. Tiada kerut menahan tawa mahupun mahu menista (memuja?).

Ah.. ayat yang simple, bersahaja, spontan, tapi mampu menghilangkan seluruh rasa malu dalam diri aku. Oh, kecil lagi aku rupanya. Walau dalam hati aku sentiasa anggap aku ni dah besar.

Aku turunkan tandan pisang. Sangkutkan tuala atas bahu. Angkat semula tandan lalu berjalan penuh takzim masuk ke rumah.

Cuma bila aku dah kembali ke deria barulah aku menjerit malu mengenangkan apa yang telah aku lakukan. 

 

 

Baca perbualan