Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

8 Pengajaran daripada Obsessed

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,005

 

Filem ini [Laman sesawang rasmi] mengisahkan tentang perhubungan suami isteri (Derek [Idris Elba] dan Shahnon [Beyonce Knowles]) yang diganggu oleh orang ke-3 yang merupakan seorang pekerja sementara bernama Lisa (lakonan Ali Larter). Lebih bahaya lagi, orang ke-3 ini adalah psiko yang bekerja di pejabat yang sama. Keutuhan rumahtangga ini tercabar kerana orang ke-3 ini adalah seorang perempuan yang menggunakan seks sebagai senjata utama. Mangsanya? Seorang pengurus lelaki yang sasa tapi setia kepada isterinya. Pemangsanya? Seorang pekerja sementara yang cantik dan mempunyai aset yang hebat. Pencabarnya? Seorang isteri yang juga beraset hebat tetapi berkulit lebih gelap. 

http://mimg.sulekha.com/english/obsessed/Stills/Obsessed-2.jpg 
kredit:sulekha.com 

Adakah Lisa berjaya menewaskan dinding setia Derek?
Adakah Shahnon berjaya menghidu hubungan Lisa dan Derek?

Jalan ceritanya agak perlahan dan mudah. Jangan ada sesiapa yang marah jika tiada adegan meletup mahupun adegan robot ya?

http://www.blogcdn.com/www.bvonmovies.com/media/2009/03/obsessed-4.jpg 
kredit: blogcdn.com 

Versi selamba:

1. Aku dapat 6 tiket free nak tengok movie ni. Sumer orang aku call, sumer tak mo. Maka, aku pegi dengan kekasih hati aje.

2. Ini adalah pertama kali aku dapat tiket percuma dan berbaloi btul layan sampai habis

3. 3 tonggak utama movie ni sangat bagus lakonannya. Tabik kepada Beyonce dan Ali Larter kerana dapat menjiwai watak dengan cemerlang.

4. Kalo korang bukan jenis suka tengok movie yang jalan ceritanya slow, maka jangan la tengok movie ni.

5. Kalo korang jenis suka berfikir panjangggggggggggggggggggggggggg kalo tengok movie (misalnya nak tahu kenapa karekter utama suka pakai beg tangan warna purple padahal warna hijau lagi cantik) maka ini bukan movie sesuai untuk korang.

6. Masuk je dewan cinema tu, sila duduk, tunggu iklan habis dan tengok aja ceritanya sampai habis tau! Jangan nak tanya soalan seperti "Lisa tu datang dari mana?", "Apsal Lisa tu kemaruk sangat dengan Derek?" atau "Kenapa Derek awal2 dah nampak guilty?". Sapa tanye soalan macam ni kena ketuk ketampi 12 kali.

7. Pengajaran dari movie ni:

i) Orang lelaki yang sudah ada famili; jangan nak manis-manis mulut dengan pompuan yang korang baru kenal.

ii) Orang pompuan yang sudah ada suami; bagi peluang pada suami tu bercakap.
http://www.hollywoodtoday.net/wp-content/uploads/2009/04/beyonce.jpg
Kredit: hollywoodtoday.net 

iii) Orang bapuk; ko jangan ngade-ngade nak pecah lobang kat kawan-kawan korang pasal bos korang.. motiffff??

iv) Semua orang; punca kejahatan itu adalah arak. Diulang, ARAK! so, jauhkan diri anda daripada arak terutamanya "dirty martini".

v) Orang lelaki; jangan layan opismate perempuan korang lebih-lebih kalo tak mau tergugat.

vi) Orang lelaki yang berfamili; jangan pergi party sorang diri. Bawak bini kalo nak selamat.

vii) Orang perempuan yang single; jangan psiko kejar laki orang ok? kejar lelaki tak pe janji jangan psiko

viii) Orang perempuan yang single; antara tektik paling berkesan untuk menjatuhkan lelaki adalah seks. Awas orang lelaki! Berpegang pada ajaran agama dengan teguh dan insya Allah kite akan selamat.

Ya, kalo aku tak dapat tiket free pon aku rasa berbaloi tengok movie ni walaupon kena bayar. Tapi make sure korang abaikan jalan cerita dia yang ringan tu.. ok?

 

 

Baca perbualan