Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal: Malu! 2

 

 

Masuk hari ni, hari kelima dah aku demam. Itulah, bijak benar bermain hujan ahad lepas. Konon sasalah, tak payah pakai payung. Ha, pagi esoknya terus badan seram sejuk! Padan muka. 

Demam ni memuncak kelmarin, masa tu rahang dah mula sengal, sendi-sendi nak gerak sakit, suhu badan pun mula menuju utara. Otak jadi biol-biol.

Kebiolan akibat demam ni memang sering terjadi. Teringat aku satu hari dulu lebih kurang tahun 2004 kut, aku demam teruk jugak. Masa tu aku dekat Bangi, slumber party rumah kawan, Amir (bukan nama yang diberi ibu bapa). Orang kata kalau dah demam tu, bawak-bawak la balik rumah berehat. Duduk kat Bangi lagi buat apa kan?

Tapi Bangi tu kan my second home. Hehe. Aku ada dwi-kewargakediaman. Berada di Bangi adalah seperti di rumah sendiri. Kenapa perlu begitu jumud mesti duduk di rumah ibu bapa aje untuk berehat. (Memang sah budak Gombak yang dah murtad Bangi).

Jadi malam tu aku dek kerana demam aku pun kebiolan. Aku mintak Amir bawak aku pergi beli panadol.

"Ha, tu. Kita beli dekat situ je lah." Dalam samar-samar aku menunjuk stesen minyak yang kebetulan kami lalui.

Amir menurut. Beliau parkirkan kereta di sebelah tepi. Bersebelahan tandas. Dalam kondisi sendi dan rahang yang sengal dan menggigit-gigit, aku gagahkan jua untuk bingkas dan masuk ke kedai stesen.

Tak perlulah aku susahkan Amir, beli panadol je pun. Aku kan lelaki. Lelaki tak boleh mengada-ngada sangat. Esok dah kawin boleh. Hiks.

"Panadol ActiFast ada bang?" Aku tanya pada petugas kaunter. Dah terbiasa, dari kecik asal boleh panggil semua orang ni abang. Padahal aku rasa baru habis SPM budak ni. Tak apa. Dia tak terasa punya. Aku kan muda di mata.

Brother tu geleng kepala.

"Panadol biasa?" Geleng.
"Soluble?" Geleng.
"Menstrual?" Geleng sambil berkerut kening.
"Peningdol?"
"Pun tak ada bang. Semua habis." Yillek! Puttek!

What the..?

Aku garu kepala. Kedai macam ni punya besar?

"Habis apa yang ada?"

Aku separuh berbisik sambil terlihat rak yang tersusun paket-paket kecil berisi gelung diperbuat daripada latex berwarna-warni berperisa buah-buahan di hadapan kaunter.

Benda ni ada pulak? Ini dah diskriminasi terhadap orang demam. Masyarakat hedonisme betul!

"Hmm, tak apalah. Terima kasih ya." Aku menghilang hampa.

Sekembali ke kereta Amir, aku terus marah-marah.

"Takde ah Mir sini, pahape tah. Panadol pun tak jual! Gelung diperbuat daripada latex berwarna-warni berperisa buah-buahan banyak pulak dia jaja. Bedebah betul."

Aku peluk tubuh sambil badan tergigil ke depan belakang menahan sejuk yang dah sampai ke tulang sum-sum. Haih, tak boleh handle dah ni. 

Amir buat bodoh je dengar aku membebel. Mungkin faham. Orang tengah sakit ni jangan dilayan sangat. Tau ikut hayunan mood dia je.

Brr brr.. sejuk! 

Tapi kalau ye pun, jalanlah. Jomlah kita pergi kedai lain. Tercegat sini lagi apahal? Sekali aku kasi back-

OMAKKKK!

Aku pandang Amir. Tapi yang ada adalah seorang lelaki yang aku tak kenali sedang terjojol mata terpinga tengok aku.

Aku pandang kiri.

OMAKKKK sekali lagi!

Seorang perempuan baru keluar tandas yang aku kira pasangan lelaki tadi sedang berdiri di luar kereta sambil ternganga melihat aku di dalam. Dah la luar tu hujan.

"Eh, ampun bang, ampun. Salah kereta!"

Cepat-cepat aku keluar dari kenderaan tu. Tunduk maaf pada si perempuan dan segera masuk ke kereta Amir di depan kereta tadi.

"WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Kau masuk kereta tu apahal? WAHAHAHAH WAHAHAHAHAHAHAHH! Dah la warna kereta lain! Pun boleh salah! WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!" Berjurai-jurai air mata Amir gelakkan aku. "WAHAHAHAHAHAHAH WAHAHAHAHAHAHAHHAH!" 

Cis, bedebah!

Demam aku terus kebah malam tu.

 

 

Baca perbualan