Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Memori~

  • syud
  • 15 years ago
  • 1,458

 

Saya terpanggil untuk menulis bila teringat kembali siaran Fly.fm tidak berapa lama ketika dahulu. Tajuknya cukup mudah ‘Between sweet memories and bad one - Which one do you remember MOST?

Bermacam respon diterima dari pemanggil ada yang berfikiran positif. Mengatakan yang positif sahaja seperti  ‘I rather feel the sweetness than the  bitterness of life’ tapi realitinya? Mulut kata lain, hati kata lain.

Saya teringat email yang pernah saya terima satu ketika dulu, luka itu seperti paku pada dinding. Melempiaskan marah adalah seperti mengetuk paku itu. Kita tidak akan perasan tapi luka tetap luka. Parut tetap parut. Sekuat manapun kita cuba melupakan tapi kenangan tetap ada dan takkan pernah pudar.

Entah, bila teringat kembali. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri. Mengingat kembali perkara yang indah yang pernah terjadi dalam hidup tapi rasanya, lebih banyak luka yang diingat daripada sesuatu yang boleh membuatkan kita tersenyum.

Hidup adalah pilihan kita sendiri tapi kadangkala kita tak punya pilihan. Apa yang ada hanyalah satu jalan yang harus kita tempuh. Sama ada kiri kanannya penuh dengan bunga dan gunung ganang ataupun ranjau yang penuh duri.

Bagi saya, tak ada manusia yang bisa mengatakan dia lebih banyak mengingat memori indah atau lebih kepada pahit kerana manusia itu subjektif. Perkara yang dilalui juga sangat berbeza. Ada manusia bertuah hidup dalam dunia yang serba serbi sempurna, oh silap hampir sempurna.Teman serumah saya pernah bercerita tentang seorang gadis yang sangat cantik.

Gadis ini dibesarkan dalam kehidupan yang sangat sempurna. Keluarga bahagia, bijak dalam pelajaran kemudian berkahwin dengan seorang lelaki yang tak kurang hebatnya. Mereka berhijrah ke luar Negara atas tawaran kerja. Rezeki mereka memang murah, dilimpahi kemewahan dan kesenangan hidup. Kemudian mereka pulang ke Malaysia tetapi tiga bulan kemudian gadis ini terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Allah lebih sayangkan beliau. Hidup yang sempurna tetapi masa yang diberikan adalah sangat singkat.  Hidup beliau mungkin banyak yang positif bukan?

Jalan kehidupan manusia berbeza. Ada yang mengatakan orang negatif ini sebagai pendendam orangnya tapi luka, siapa kita untuk menghakiminya? Dia yang melaluinya, dia yang lebih tahu.  Saya silap, satu ketika dahulu ketika masih bersekolah, saya masih ingat lagi setiap kali menulis tentang keruntuhan akhlak moral atau apa-apa artikel, pasti ayat ‘Kurangnya Kasih Sayang’  menjadi pilihan. Hati saya selalu mengatakan ‘Ah,kalau guna akal tak adanya terpengaruh’. Saya silap.

Tanpa kasih sayang, akal takkan pernah berfungsi sempurna. Malah, terlalu penuh dengan kasih sayang juga begitu. Hidup adalah pilihan kita sendiri tapi persekitaran memainkan peranan yang sangat penting.  Kadangkala semuanya terjadi di luar kawalan kita. Di luar kemampuan kita.

Kesimpulan? Bagi saya, memori itu paling kuat bila terlalu pahit untuk ditelan atau terlalu manis untuk dilupakan. Jadi saya memilih kedua-duanya sekali!

Anda bagaimana? Sweet memories? Bad memories?

Mana satu yang paling diingati?  

P/S:

Pernah satu ketika, saya mengalami kedua-duanya. Hari itu, hari yang paling takkan saya lupakan. Hari yang bisa membuatkan saya menangis juga tersenyum. :)

Baca perbualan