Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Julai 2009

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau di isu yang lepas, saya menulis sehari sebelum berhijrah ke Kuantan. Siapa sangka, untuk isu kali ini saya menulis tak berapa lama sebelum perlu berhijrah ke Kuala Terengganu pula!


Sedikit Tentang Saya

Dah macam orang Badwi. Baru nak sesuaikan diri, baru nak menikmati kehidupan sehari-hari, tak sempat lagi bercerita pengalaman di sini, dah kembali ke mod kelam kabut dan berdebar! Perlu mulakan sekali lagi, nasib pencacai seperti saya...

Nak tak nak, hati kena lapang, minda kena siap siaga. 20 Julai, Ganu, here i kangg!  


1Kapasitor

Baiklah, sepanjang Jun lalu atmosfera Kapasitor MS bolehlah diklasifikasi aman. Tiada tikaman lidah atau perbalahan pendapat yang major. Penghasilan karya aliran perdana dan frinjian juga agak seimbang. Masing-masing dengan ideologi masing-masing, sambil sesekali menjenguk aliran lain untuk pendedahan.

Ini satu perkembangan yang baik. Kelak mungkin apa yang positif dari kedua-dua aliran dapat diasimilasikan. Mana tahu akan lahir satu penulisan bermutu beridentiti baru, yang boleh melepasi prejudis kedua-dua penggiat aliran. Tulisan yang tertakluk pada tatacara, namun isinya tetap diminati rakyat belia negara kita yang selama ini malas membaca, mungkin?

Besarlah harapan saya agar trend dan momentum ini berlanjutan.

Untuk bulan ini tiada ulasan dari seksyen puisi. Masing-masing ada tugas hakiki yang lebih menuntut masa dan usaha. Seksyen cerpen pula, seperti biasa, tabik spring dari saya buat Abang Shamsul. Beliau sentiasa bersedia dengan laporan komprehensif dan analitikal. Berikut adalah petikan ulasan beliau:

Hanya 28 cerpen sahaja yang dihasilkan oleh 16 orang warga kapasitor bagi bulan Jun, berbanding sejumlah 48 pada bulan Mei dan 37 pada bulan April. Jumlah ini adalah penurunan hampir 50 peratus dari jumlah keseluruhannya.

Sememangnya bulan Jun agak merisaukan sedikit kepada saya kerana jumlah karya yang dihantar pada awal dan pertengahan Jun agak lesu sehinggalah ke akhir Jun barulah ada peningkatan.  Fakktor-faktor yang mempengaruhi kelesuan ini mungkin berpunca dari lambakan cerpen pada bulan Mei yang sebelumnya.

Hasil pemerhatian saya, beberapa penulis yang sering menulis tidak menghantar karya seperti selalu iaitu Dayya, Rearangge, Robot dan beberapa penulis yang lain. Sementara itu Ancalime telah menghantar enam karya, merupakan penulis paling aktif, diikuti oleh Ridhrohzai (5 karya), Sekopi (4 karya), Adreena (3 karya) dan yang lain-lain satu karya.

Secara keseluruhannya, walau pun agak kurang dari segi kuantitinya, didapati kualiti cerpen yang dihasilkan meningkat. Ada tanda-tanda yang menunjukan yang ahli-ahli kapasitor sedang mula bersaing di antara satu sama lain. Ini merupakan satu perkembangan yang positif.

Saya ingin mengajak kepada penulis-penulis cerpen untuk mula menghantar karya-karya mereka ke media-media cetak. Kalau tidak silap saya ada lebih kurang 100 akhbar dan majalah yang diterbitkan di Malaysia baik yang diterbitkan secara mingguan dan juga bulanan.

Selamat berkarya.

Lengkap! :) Apa yang dianjurkan Abang Sham, terutama perenggan akhir itu, bacalah dengan hati yang berkobar-kobar. Kalau perlukan bantuan, hah, mesej saja beliau untuk tips lanjut.


Tahniah

Di Kapasitor ni, ramai sebenarnya role model yang boleh kita contoh. Baru-baru ini, dua daripadanya sekali lagi membuat kita tumpang bangga dan kembang hidung.

Tahniah Serunaifaqir (Khairul)! Tahniah Upenyu (Abang Sham)! Keduanya-duanya telah berjaya mencatat satu lagi batutanda peribadi. Serunaifaqir pada HSKU dan HSDT tempohari, Upenyu pula pada Mingguan Wanita keluaran yang lepas.

Semoga kejayaan mereka ini menjadi impetus pendorong kepada pengkarya lain untuk menghasilkan karya bermutu dan mendapat pengiktirafan.


Selamat Berkhidmat Ridh

Mulai bulan Julai ini juga, Kapasitor MS menerima seorang Kru Pengelola baru bagi mengganti Mr_kajiwa (Kak Maria). Selamat datang diucapkan kepada saudara Ridhwan Zainudin (Ridhrohzai) atau lebih dikenali sebagai Ridh @ Riri (panggilan gadis-gadis sahaja biasanya, hiks) kerana sudi menabur bakti dan mengemudi seksyen paling aktif di Kapasitor ini :)

Selama beberapa bulan bergiat di Kapasitor, anak muda berumur 22 tahun ini saya lihat telah menunjukkan contoh yang baik dan mempunyai segmen pengikutnya yang tersendiri.

Di sini saya petik kata aluan dari beliau:

Saya lahir pada tahun arnab dalam kalendar cina dan tanggal 13 Muharram 1408 H. Masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Shah Alam dalam bidang Pengurusan Maklumat. Tinggal di salah sebuah tempat pelancongan yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan air laut yang jernih iaitu Port Dickson. Saya pasti anda semua pernah dengar tentangnya walau ada yang belum menjejakkan kaki ke sana.

Penulisan bagi saya adalah perlu lahir dari hati yang ikhlas dan jujur. Menulis adalah untuk menzahirkan apa yang terlintas di minda dan selebihnya untuk menyalurkan apa yang terbuku di hati. Melahirkan sesebuah karya bukannya mudah. Apatah lagi untuk memberi impak pada pembaca. Penulisan bukan untuk sengaja memaparkan ketinggian ilmu seseorang dengan penggunaan sewenang-wenangnya istilah dan kaedah yang mengelirukan sebaliknya untuk memberi pengajaran yang berguna.

Justeru, saya berharap, penglibatan saya sebagai moderator di kapasitor dapat sedikit-sebanyak membantu kerana saya juga masih dalam peringkat pembelajaran. Apa yang baik, kita jadikan teladan sementara yang buruk, kita perbaikinya. Andai saya tersadung langkah, tegurlah. Andai saya terkhilaf bicara, nasihatilah. Sama-sama kita berusaha dan terus menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti. Mohon tunjuk ajar dari kalian. Sekian, selamat berkarya.

Selain dari gurauan beliau mengenai pantai yang bersih dan air laut yang jernih, saya rasa anak muda ini memang penuh iltizam dan bersemangat! :D Selamat datang sekali lagi kepada saudara Ridhwan!

Baiklah. Sekian sahaja buletin Kapasitor MS kali ini. Kita akan bersama lagi bulan hadapan. Entah apa pula nasib saya ketika itu hidup di perantauan. Semoga tuhan lindungi! Doakan penghijrahan terbaru saya ini lancar dan saya tidak nakal-nakal di sana.

Anda di Kapasitor MS ini pun, jangan nakal sama. Teruskan berkarya. 

Saya akhiri buletin ini dengan kompilasi Karya Pilihan Kru Pengelola Sepanjang bulan Jun 2009.

 

Puisi
Yang Ku Harapkan – Azzkikr
Dialog Dengan Bulan – Teratak
Seusai Tari Sumazau Kita – Upenyu
Berpaut – Mosh (reviu oleh zinggof)
Mungkin Kau Lupa Tentang Mati - _theRain_
Landskap Hidup – Negro
Jentayu – Jentayu
Mengejar Bayang – Mayangsari
Jangan Takut Pada Ombak – Shazmiey
Kita Yang Terluka – Myelina
Margarita – Adreena (reviu oleh Myelina)

Cerpen
Kemaafan Dendam Yang Terindah  – Ancalisme  
H&A  – Syud (reviu oleh Ridhrohzai)
Runway boy  – ZHFR (reviu oleh Upenyu)
Motosikal Abah  – Ridhrohzai
Maaf Buat Ayah  – Adreena 

Baca perbualan