Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal: Semalam Aku Pergi Menembak Part 2 of 2.

 

3. Kali Pertama

Blam! Blam! Blam! Blam! Blam!
Itu adalah tembakan Komander Termizi.

“Bulls eye–3, 9–1, 8–1” Jerit pegawai pengira markah yang berdiri di papan sasar. Komander Termizi sengih tak sudah berjalan balik ke astaka. Lima peluru, semua bidik tengah. Gila ah ding dong!  Penembak-penembak lain yang sesesi dengan beliau memuji-muji kehebatan tembakan tadi.

Aku turut terlongo bangga. Bos aku tu beb! Bos aku tu beb!

“Saya hari ni nak kalahkan Komander Amran, nak balas hari tu dia kalahkan saya masa lawan dekat KT!” Komander Termizi menjeling pada seorang pegawai calit tiga yang senyum sinis.

CUBALAH!  Senyuman tu seakan memberitahu.

Kalau Takehiko Inoue melakarkan situasi ini, pasti ada panahan elektrik yang saling berlawan keluar dari mata Komander Termizi dan Komander Amran.

“Baiklah, untuk sesi pemanasan barrel seterusnya, nama-nama ini  dijemput pergi ke platform. Encik..”

Aku dengar nama aku disebut untuk sesi kedua ini. Aku bingkas ke Platform 6 seperti  diarah.  Nafas ditarik dalam-dalam. Tak berapa lama lagi akan melalui pengalaman menembak pertama. Macam mana ya agaknya? Nampak kacang je tadi semua orang buat. Dalam filem pun selalu aku tengok macam makan kek je. Ah, selamba. Takkan aku tak boleh!

“Tuan-tuan boleh mara ke pistol.”

Aku berjalan laju, tapi jantung di dalam lagi laju. Barrel dicapai dan dicucuh ke slot. Kcik!
Pencekah ditarik. Kckak!

Wow, macho sekali efek bunyi tu. Terasa macam James Bond. Tapi, mampu ke aku menembak macam beliau juga? Hati pun berangan...

“Wah, Encik Syahar ni baru pertama kali menembak kan? Selamba je kasi bulls eye. Encik memang bakat!” Tak adalah, nasib je tu.
“Encik, encik tipu je kan kata tak pernah menembak? Cepat cakap! Masterji encik Tan Sri Musa Hasankah?” Serius. Ni kali pertama ni. Hiks.
“Kami daripada Gerup Elit Tentera Republikan, General kami nak berjumpa dengan encik.” General tu perempuan nama Roooo.. er takpelah.
“Encik Syahaaaar! Encik Syahaaar!” Iya iya!
“Encik Syahar okey ke? Dah sedia?” Tanya pegawai pemantau. Hoh? Fikiran aku segera kembali ke lapangan.
“Aaa?  Saya okey, okey.” Gelabah aku menoleh.
“Ehh ehh, pistol tu jangan hala ke sini, hala ke depan sana je!” Woops! Okey, sekarang dia lagi gelabah. Haha.
“Maaf!” Berhati-hati aku berpusing. Mujur tak melatah. Kalau tak memang aku dah masuk Buletin 1:30 hari tu.

“Tuan-tuan boleh menembak sekarang.” Arahan seterusnya diumumkan.

Tiba masanya!
Aku angkat pistol. Berat. Cuba sasarkan pada titik tertengah yang ada pada papan berjarak 25m dari tempat aku berdiri ini. Sasaran dikunci. Perlahan-lahan picu ditarik.

Kreeeeeeek..
Mana tak letup-letup ni?
Tangan aku mula menggigil. Lenguh!

Kreeeeeek.. BLAM!
Opocot, omak kao! Kueknyo molotuppp

Tersentak tangan ke atas waktu tembakan pertama dilepaskan. Peeergh kuasa dia! Kena ke ha? Kena ke ha? Aku tercari-cari kesan tembakan. Ah, lupa. Kerabunan menghalang.

BLAM BLAM BLAM BLAM! .. dan sesi aku telah selesai. Beberapa ketika kemudian aku pun dapat keputusan.

“Encik Syahar bersih. Clean sheet.” Umum pegawai pengira markah diikuti ketawa yang lain-lain.

Deym! HAHA.

 

4. Seterusnya

Waktu sesi sebenar berlangsung, persembahan aku sudah meningkat. 3 dari 10 kena sasaran.

“7–1, 6–1, 5–1.” Umum pegawai pengira. Suzana yang menjadi urusetia menulis angka 18 di lajur aku.

“Okeylah tu. Pertama kali kan?” Komen yang lebih realistik diterima. Sesuai dengan realistiknya markah aku.

Dipendekkan cerita, waktu acara kedua iaitu menembak rifle m-16 aku berjaya juga buat kejutan. 10 tembakan meniarap. 10-10 tu kena! Dapat markah 27/50. Daripada 30 lebih orang yang buat tembakan, ada la dalam 11 orang yang lebih 20 markah. Ahaaaa, inilah yang orang kampung aku dulu selalu kata kat aku, “Daniel son, sometimes, the student is the teacher.” “Aye!” jawabku.

Lebih mengujakan lagi bila ada pengumuman selepas itu.
“11 orang yang lebih 20 markah ni, esok datang lagi ya. Kita ada latihan untuk kejohanan agensi peringkat kebangsaan. Saya nak pilih 9 orang. Jadi 2 orang je akan terkeluar.”

Wah, from zero to national stage competition? Siapa akan mimpikan? Namun kegembiraan aku berakhir sejurus sebelum aku balik.

“Encik Syahar, baru saya teringat. Pencacai cuma boleh masuk acara pistol saja. Acara rifle ni terhad untuk anggota skim operasi.”

“...” Terima kasih sebab cakap awal-awal. Aku melangkah pulang longlai.

Di dalam kereta, Suzana berkata pada aku.
“Bila Encik Syahar dah kat KT nanti, mesti dia orang semua suka kat Encik Syahar.”
“Hmm? Oh, memang la. Kan kat sana kerja banyak. Dia orang memang suka dan  tak sabar nak tunggu saya datang.”

Kereta meluncur laju ke pejabat.

Baca perbualan