Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Telenovela Ugly Betty Adalah Lebih Baik Berbanding Harry Potter

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,377

 

Malam semalam adalah kali pertama dalam hidup aku merasa tiket gold class GSC. Sebelum ni melopong sahaja melihat kelibat manusia menyusup ke satu bahagian istimewa di GSC One Utama. Kebetulan pula filem kali ini merupakan filem kegilaan Ratnadewi, maka aku dengan segera "memancing" beliau untuk menonton filem ini dengan cara lebih menarik.

Harry Potter and the Half-Blood Prince adalah sekuel filem Harry Potter. Berdasarkan buku tulisan JK Rowling, filem ini sampai ke siri yang seterusnya. Filem ini mengisahkan tentang pengalaman Harry Potter (lakonan Daniel RadCliffe ) bersama-sama Hermoine dan Ron memecahkan teka-teki yang berlaku dalam dunia magis mereka.

Secara jujurnya, aku bukanlah peminat atau Die Hard Fan Harry Potter yang menggilakan filem ini. Namun begitu, aku adalah peminat filem. Maka, pendapat aku tentang filem ini adalah berdasarkan seorang lelaki kacak yang gemar menonton filem, bukan gemar membaca buku yang difilemkan.  

http://www.aceshowbiz.com/images/news/00019973.jpg
kredit:aceshowbiz.com 

Daripada 10 bintang, maka filem ini layak diberi 4 bintang sahaja. Kasihan.

Versi Selamba

1. Plot dalam filem ni banyak gile merapu dan dragging. Siap ada plot percintaan yang rasanya tak de kaitan dan tak perlu.

2. Kalo tengok tajuk filem ni, mesti korang rasa filem ni ada kaitan dengan Half-Blood Prince kan? Misalnye kalo korang tengok Narnia: Prince Caspian. Sepanjang movie dok cerita pasal Prince Caspian betul tak? Sila hampa selepas menonton filem ni. Half-Blood Prince hanye akan muncul dalam masa 3 minit aje. Lepas tu, korang akan berkerut kening dan merungut dalam hati "WTF ??!"

http://i289.photobucket.com/albums/ll238/movie2010/Harry-Potter-6-pic3.jpg 
Gandalf sesat ke Harry Potter? Kredit:photobucket.com  

3. Secara seriusnya, aku rasa sangat-sangat membazir duit menghabiskan RM90 untuk gold class tiket GSC DAN menonton telenovela sebegini. Duit RM90 ni mungkin berbaloi jika menonton G.I Joe

4. Ugly Betty adalah lebih menarik ditonton kerana ada jalan cerita dan plotnya disusun kemas.

5. Aku suspect ada bende tak kena pasal skrip filem ni. Cam mane bole lepas entah? Oi! Sape yang approve skrip ni woi!!

6. Arghh..!! Bila fikir balik aku sangat marah sebab banyak benar plot yang tak perlu. Aku tak nak cakap dalam ni karang korang maki aku sebab jadik spoiler.

7. Ratnadewi dah baca buku untuk filem ni. Katanya, terlalu banyak beza dan filem ni tak fokus pd isu yang sepatutnya. Jadi, sebagai seorang yang tak follow buku (contohnye: aku) maka aku tak rasa bersalah langsung untuk mengatakan bahawa filem ni tak best.

8. Kepada korang yang beria-iya benar nak tengok filem ni.. better korang tengok Ice Age 3. Lagi ilmiah.

9. 4 Bintang adalah banyak. Disebabkan filem dan tajuknya adalah misleading, maka aku isytiharkan bahawa filem Blood: the Last Vampire yang aku benci itu lagi seronok ditonton.

10. Kalo korang tak pernah merasa tengok filem kat Gold Class, aku cadangkan korang cubalah. Tapi, bagi aku cukuplah sekali aje. Tak berbaloi membayar RM45 untuk sebuah kerusi Ogawa (kerusi ni tak boleh mengurut pon) dan sehelai selimut.

http://www.firstshowing.net/img/halfblood-prince-usatoday-03.jpg
kredit: firstshowing.net

IMDB letak rating 8/10. Aku sangat yakin reviewer IMDB telah dirasuah. Boo Harry Potter..! Boo..!!

Baca perbualan