Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

i Luv Hermione!(dia sangat comel)

 

Salam semua.

 

Saya baru menonton HARRY POTTER and THE HALF BLOOD PRINCE.

Ini ulasan saya:

 

Sebagai pembaca setia buku Harry Potter, saya tak kecewa. Pengarah cuba sedaya upaya untuk memuaskan semua golongan penonton. Sama ada yang baca buku atau tidak. tidak dinafikan, buku ke-6 Harry Potter memang panjang dan agak meleret(bagi saya). Ia menjadi begitu kerana j.K Rowling menyelitkan unsur2 percintaan(monyet atau tidak) di dalam ceritanya ini. Percintaan remaja ini memberikan sifat manusia kepada watak2 yang sering ditimpa trajedi dan kesukaran demi kesukaran(lawan ahli sihir jahat memang sukar!)

Dari aspek sinematografi saya beri 4 bintang, Penataan seni juga 4 bintang, Penataan bunyi 3.7 bintang, KEsan khas juga 4 bintang. LAkon layar saya beri 2.5 bintang saja(agak perlahan dan membuatkan penonton di sebelah saya tidur 3 -4 kali).

Satu aspek yang saya fikir agak negatif ialah; apabila di serlahkan bahwa watak gadis2 sebagai gatal,merenyam dan gelenyar terhadap lelaki. Mungkin ia berlaku, tetapi memberi penekanan sebegini seolah2 menggalakkan agar gadis2 kita juga boleh berkelakuan sebegitu! Berkait dengan itu, adegan bercium(sama ada di hadapan khalayak atau secara sembunyi2-dalam bilik keperluan, atau di hujung tangga spiral) juga aka memberi kesan kepada remaja kita seolah2 ia adalah perkara biasa untuk bercium dengan orang yang kita suka!(Maaf! dalam Islam ia diharamkan jika belum berkahwin!) Mungkin bagi masyarakat barat, menunjukkan perasaan cinta dan kasih melalui sentuhan mesra dan ciuman adalah sesuatu yang "sweet" atau penting, ia adalah berlawanan sekali dengan nilai ketimuran dan kesopanan kita sebagai masyarakat Malaysia.

Lain2 o.k!

 

Keseluruhan saya bagi 3.6 / 5 bintang.!! ;)

I.Kurusawa

Baca perbualan