Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tips Penulisan dan Penghantaran Karya : 13

 

Perkataan Lewah

Istilah ini biasanya digunakan dalam penulisan bagi menggambarkan pengulangan perkataan atau penggunaan perkataan yang berlebih-lebihan, walhal penggunaan perkataan sebelumnya sudah dapat difahami maksudnya. Menurut Kamu Dewan - istilah ini : 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu.

Contoh :

Ahmad menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak faham. - yang selalu ditulis, tapi kurang tepat.

Ahmad menggeleng-geleng kerana tidak faham. - yang tepat dan betul.

Geleng kepala (sebutan geleng itu sebenarnya sudah membawa pada kefahaman - kepala yang digeleng). Ada tak geleng lutut atau geleng siku atau geleng tangan dan sebagainya? Tiada bukan, jadi tuliskan sahaja perkataan geleng tanpa 'kepala'.

Banyak lagi perkataan lain, misalnya :
(cuba amati dan fahamkan, bayangkan di dalam fikiran tentang ayat yang selalu dikonstruk dengan perkataan di bawah ini). Yang mana satu lebih betul dan tepat?

> angguk-angguk kepala atau angguk?
> turun bawah atau turun?
> naik atas atau naik?
> sarapan pagi atau sarapan?

Kalau rakan-rakan ada lagi perkataan yang seumpama di atas, sila senaraikan di peti komen supaya kita boleh sama-sama belajar dan mengambil manfaat.

Jadi, kita perasankan bahawa perkataan lewah sering kali kita gunakan di dalam pembinaan ayat dalam penulisan kita. Mari sama-sama kita 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa'.

Baca perbualan