Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ibu Jari Tangan Menunjukkan Tanda Bagus kepada The Taking of Pelham 123

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,049

 

The Taking of Pelham 123 atau Perampasan Keretapi Pelham 123 adalah filem tentang satu pasukan yang merampas tren LRT di New York. Dibintangi oleh Denzel Washington dan John Travolta, filem ini mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak membosankan langsung. 

http://poptimal.com/wp-content/uploads/2009/06/pelham123_image1.jpg 
Kredit:poptimal.com 

Apakah yang boleh dilakukan dalam satu situasi selama 1 jam yang melibatkan tebusan dan USD 10 juta? Bagaimanakah menggelabahnya polis New York dalam menangani situasi sebegini? 

Bagaimana reaksi anda jika anda terpaksa menjadi pengantara dalam satu situasi sebegini? Anda harus berkomunikasi antara perampas, polis, dato bandar dan memperjudikan karier, keluarga dan masa depan yang mana semua ini berlaku dalam masa 1 jam? 

Jika berkelapangan, berkesempatan dan berduit, sila jengah ke pawagam terdekat untuk menyaksikan filem ini ya? 

Web rasmi:http://www.sonypictures.net/movies/thetakingofpelham123/
Trailer: http://www.apple.com/trailers/sony_pictures/thetakingofpelham123/ 

Versi selamba: 

1. Aku tau la tiket ni tiket promo (free) tapi ada ke patut diorang pegi roll citer Harry Potter and the Half Blood Prince yang boring tu? ciss! 

2. Dah la tunggu iklan 1/2 jam sebelum roll filem. Dah tersalah filem satu hal. Diorang roll filem Pelham ni pon nak iklan jugak. ciss! 

3. Sama ada pengendali mesin roll filem ini adalah budak intern atau baru bekerja sehari atau mabuk, kesalahan sebegini adalah tidak patut. ciss! 

4. Korang jangan fikir banyak sangat pasal filem ni. Sile faham, semua keputusan adalah dalam masa 1 jam. Diorang tak de banyak sangat masa nak pikir tau.

5. Untuk menjadi orang jahat, anda perlu pandai ekonomi dan matematik. Jangan jadi orang jahat yang bodoh. 

6. Jadi orang jahat perlu ada motif, kejam dan tau pasaran saham. Dendam, duit atau saja nak buat huru-hara itu boleh dikira motif. Jangan jadi orang jahat kalo 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) pon tak lepas. 

http://www.excessmagazine.net/blog/wp-content/uploads/2009/06/taking-pelham-123-remake3.jpg
Kredit:www.excessmagazine.net

7. Personally, aku rasa John Travolta adalah sangat macho dalam filem ni. Ya, mungkin kerana misai beliau yang kelihatan seperti pakcik-pakcik polis. (tibe-tibe mengidolakan beliau). 

8. Daripada 10 bintang, aku kasi 7! (Kali ni aku bersetuju dgn reviewer IMDB)

Baca perbualan