Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Puisi Berilustrasi & Pesta Buku

  • rObOt
  • 15 years ago
  • 1,502

 

Tadi baca-baca blog, pastu bot terjumpa ni. So, bot just copy paste dari sini: KUBU BUKU

Peluang untuk mempelbagaikan cara menghayati karya sastera, khususnya sajak.

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) akan mengadakan Pameran Puisi Berilustrasi di Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka) dari 15 Ogos hingga 15 September 2009.

Para pengarang puisi dan sajak diundang mengirim puisi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kepada penganjur secara lampiran (attachment) melalui e-mel sebelum 31 Julai 2009.

Puisi dan sajak yang terpilih akan dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi oleh ahli MBBY yang merupakan artis dan pelukis berpengalaman, sebelum dipamerkan kepada umum.
Karya perlu dikirim ke alamat e-mel zamri_mbby@yahoo.com, databasebbt@gmail.com atau hasbima@gmail.com.

Hubungi talian 016-2558582 (Zamri) untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut di http://www.uthayasb.blogspot.com

 

Dan, bila bukak blog yang atas ni, terjumpa yang ini pula.

Kumpulan Sasterawan Kavyan akan terlibat dalam menganjurkan beberapa aktiviti sempena Pesta Buku Negeri Selangor (24 Julai – 3 Ogos 2009).

Pasti sahaja aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan dengan kerjasama dan sokongan padu pelbagai pihak.

Saya juga amat yakin pada kemampuan para Pegawai Kavyan dan Sukarelawan Kavyan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat aktiviti sempena Pesta Buku Negeri Selangor.

Penyertaan bagi kesemua aktiviti berkenaan masih dibuka kepada umum. Bolehlah menghubungi saya dengan kadar segera melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau SMS lengkap ke 012-3368142 (SMS tidak akan dibalas).

 

Jadi, siapa-siapa yang berkesempatan, silalah merajinkan diri menghadiri dan menyertai kedua-dua aktiviti ini. Selamat berkarya :)

Baca perbualan