Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Hi, Ni Hao Ma?~

  • syud
  • 15 years ago
  • 1,042

 

Hi semua. Kapasitor sibuk tak sekarang? Ke lengang tak berpenghujung? Maaf dah lama tak berkunjung. Sangat sibuk dengan tuntutan hidup; untuk menggembirakan hati sendiri. He he.

Cuti Syuhada dah nak habis. Kurang dari dua minggu beliau akan kembali ke kampus tercinta! Oh, kali ini kami dah ada bangunan baru! Yeayyy! InventQJaya yang dulunya makmal tercanggih Malaysia kini bakal jadi kampus kami.

Another one year to struggle for a better future!

Kenapa Syuhada jarang ada dekat dunia Maya sekarang ni? Sebab beliau sibuk. Beliau kerja macam panda gemuk dari pagi sampai malam. Lepas tu kerja lagi dan lagi. Kadang-kadang beliau penatlah juga. Beliau nak rehat tapi bos beliau kata 'Tak kesian dekat Abah ke?' Hahaha. Abah ni kelakar gila.

Raja Sushi kami tak cukup pekerja. Jadi siapa-siapa yang rasa nak cari kerja tu, jemputlah datang interviu oke ;)

Mata saya dah lebam-lebam. Badan terhidrat. Hehe (eh tiba-tiba buat luahan perasaan)

Eh sebenarnya nak bagitahu satu benda ni, siapa suka makan Chawan Mushi dekat SK angkat tangan! Kata Abah cendawan Shittake dalam Chawan Mushi (eggs custard) tu diperap menggunakan cook wine! Boleh makan ke tak? Rasanya tak boleh tapi kalau ada yang arif silalah ye jelaskan.

Lagi 5 hari saya nak pergi melawat Aisyah1987!! Oh my, I really miss that girl. :D

Bila orang marah-marah dan tanya kenapa saya nak keluar dari Malaysia padahal H1N1 tengah kritikal. Saya jawab. 'Sebab tak ada orang nak jalan-jalan dengan aku dalam Malaysia' :P (Eh,tapi dah berjalan tanpa dirancang dengan PaperCat. Hehe)

Saja je nak berjalan. Nak tengok tempat orang walaupun tak berduit. :)

Doakan saya selamat okay. Bila orang tanya memang mulut saya ni jahat je menjawab 'Ala, kalau nak kena tak payah pegi oversea. Dalam Malaysia pun boleh kena.' Padahal sebenarnya, saya tak nak orang risau. Saya tahu ramai orang sayang saya. (Eceh ayat tak boleh blah :)) )

Okeylah, mahu membasuh baju secara manual. Spin washmachine rosak! :'( 

Tata!~

Merepek: CARA-CARA UNTUK BERJIMAT

1. Kalau pergi tandas, angkut bawa balik tisu toilet untuk kegunaan dirumah.

2. Beli breakfast di McD dan simpan cawan polisterine (bawa ke mana-mana). Waktu orang tengah ramai-ramai dekat McD, boleh refill kopi/tea o. :P

3. Angkut balik grape jem, sos cili, black pepper, creamer, sugar dalam pack dekat mana-mana hotel/fast food. Boleh guna dekat rumah. :))

3. Beli nasi goreng, makan separuh di waktu pagi dan separuh lagi waktu tengah hari.

4. Angkut balik sabun kecik/shower foam/shampoo dekat hotel.

5. Gunakan kertas recycle. Save the trees!

6. Makan meggi!

7. Kurangkan berdating/sms/calling. Gunakan internet dengan sepenuhnya :D

8. Tidur sepanjang masa. Bangun bila perlu je. Haha (Korang ni manusia ke beruang?)

9. Tutup semua lampu/letrik di waktu malam. Gunakan lilin.

10. Basuh baju seminggu sekali je. Agak-agak dah nak muat washmachine baru basuh. Jimat air :P

 

 

Baca perbualan