http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Menulis Lebih Baik - Panduan 01

iklaneka
 

Kalau asal benih yang baik,

Jatuh ke laut menjadi pulau.

 

 

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

 

 

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang.

 

Penggunaan tanda baca dalam penulisan amatlah penting kerana peranannya yang tertentu dalam memberi penekanan kepada struktur ayat. Jika salah penggunaan tanda baca, maka salahlah struktur ayat tersebut.

 

Mungkin ada yang sudah biasa mendengarnya bahkan kita semua pernah mempelajari tentangnya semasa di alam persekolahan. Justeru, mengapa tidak dipraktikkan dengan baik?

 

Justeru, di sini saya sertakan serba-sedikit tentang tanda baca. Semoga kita semua dapat mengambil perhatian dan menggunakannya dengan baik agar penulisan kita lebih bermutu.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

1. Titik atau noktah ( . )

 

  • Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.

 

         Bapa saya pergi ke pejabat.

 

  • Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.

 

         Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."

 

  • Untuk menunjukkan angka perpuluhan.

 

         301.5

 

  • Pada akhir singkatan dan kependekan nama.

 

         Sdn. Bhd.

 

 

 

2. Koma ( , )

 

  • Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat.

 

         Ibu membeli ikan, udang dan sayur.

 

  • Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk.

 

         "Mereka belum sampai," kata Salmah.

 

  • Di belakang kata penghubung pada awal ayat.

 

          Oleh sebab itu, dia tidak datang.

 

  • Di belakang kata seru.

 

         Amboi, comelnya kucing ini!

 

  • Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.


         Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama.

 

 

3. Sempang ( - )

 

  • Untuk menyampungkan kata ganda dan kata yang diulang.

 

         berbagai-bagai, kupu-kupu

 

 

4. Tanda petik ( “…..” )

 

  • Untuk mengapit petikan langsung.

 

        "Dia sudah pulang ke rumah," kata Yosri.

 

  • Pada judul karya dan sebagainya.

 

         "Dilema Melayu"

 

5. Koma bertitik ( ; )

 

  • Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.

 

         Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.

 

  • Pada baris pertama pantun dua kerat.

 

         Banyak udang banyak garam;
         Banyak orang banyak ragam.

 

 

6. Titik bertindih ( : )

 

  • Pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian.

 

         Bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

               a. 1 kilo tepung gandum
               b. 6 biji telur
               c. 3 biji bawang merah

 

  • Untuk memberikan penjelasan

 

        Tarikh             : 31 Ogos 2006
        Masa               : 8.00 pagi
        Tempat           : Dewan Negara, Kuala Lumpur

 

7. Tanda tanya ( ? )

 

  • Pada akhir ayat tanya.

 

         "Kamu belum siap?" tanya Ahmad.

 

  • Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata.

 

         "Kamu belum siap?" tanya Salmah.

 

 

8. Tanda seru ( ! )

 

  • Dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.

 

         Aduh, sakitnya kepalaku!

 

 

Rujukan:


Tanda Baca. (2008). Available at http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda_baca. Accessed

        July 26th, 2009.


Share!Email

about the author

Rizai Reeani / Ridha Reewani

Saya adalah penulis yang gemar menulis dalam genre cinta dan umum. Menulis pada saya bukanlah setakat mencoret bait-bait indah dan puitis tetapi lebih kepada menjiwai tulisan yang dikarang. Tidak kisahlah dalam kelompok arus perdana mahupun frinjan, tulislah sesuatu yang dapat menghiburkan dan dalam masa yang sama, memberi teladan. 
ridhrohzai | Add ridhrohzai as your friend | Send Message

my other posts
Rasa cinta kita, seperti manisnya epal merah | 3683 reads
Kapasitor MS : Senarai 10 Cerpen Pilihan Ridhrohzai | 6618 reads
Terima Kasih Kapasitor! | 9057 reads
Kapasitor MS: Buletin Jun 2011 | 3150 reads
Kapasitor MS: Ulasan Seksyen Cerpen Bulan Jun 2011 | 3714 reads
Kapasitor MS: Ulasan Seksyen Cerpen Bulan Mac 2011 | 365587 reads
Tips Penghantaran Karya ke Media Cetak | 164218 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: The Last Vampire 3


admin blog