Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Bentuk Sajak pola/konkrit

 

 

 

 

Di Malaysia, A.Ghafar Ibrahim(AGI) dikatakan cenderung memperknl dan mengukuhkan bentuk ini sekitar tahun-tahun 60-an dan 70-an dahulu, walaupun sekarang sudah agak kendur sedikit. terdapat juga karya yang dihasilkan oleh A. Latiff Mohiddin, T. Alias Taib, Fuzi Hadi dan beberapa yang lain.

Sebagai contoh, perhatikan sajak A. Ghafar Ibrahim(AGI) berikut yang berjudul "Tua"

Hari depan tidak payah diklankan
pagi:
            tik
                        tok
                                    tik
                                                tok
meninggalkan bulan.
malam:
            tok
tik
tok
            tik
meninggalkan matahari.


1989.

Di Indonesia, sajak-sajak seperti ini dinamakan sajak konkrit. malahan, bentuknya amat bebas sehinggakan garis, tompokan dakwat dan lakaran-lakaran sahaja digunakan. walaubagaimanapun, menjelang akhir tahun 70-an, karya-karya seumpama itu sudah tidak mendapat tempat lg di Indonesia. Pengarang-pengarang yang cenderung menghasilkan karya seperti itu bahkan sudah berpindah ke bentuk konvensional yang mudah difahami masyarakat umum.

Dipetik dari Nota Kuliah Siri 05,Bacaan Luas,BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin 

Baca perbualan