helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Anime  Books  Concert  Gossip  Jokes  Movies  Music  Theatre  Video  

Gadis Sebelah Saya Gelak Sepanjang Filem The Proposal
Komuniti: Movies | 5/08/2009 | 12:02:45 PM | 287 Views
Share

Gadis Sebelah Saya Gelak Sepanjang Filem The Proposal

image

Anda (Ryan Reynolds) seorang lelaki (kacak dan taste) dan demi menyelamatkan kerjaya yang anda telah bertahun-tahun usahakan selama ini, anda harus menipu diri sendiri dan semua orang di sekeliling dengan mengahwini bos (Sandra Bullock) anda. Kelebihan di sini ialah, bos anda ialah seorang perempuan cantik (dan sedikit berumur) dan anda masih bujang serta tidak ada teman istimewa. 

http://casimira.files.wordpress.com/2009/06/proposal.jpg 
Kredit: casimira.wordpress 

Jika anda dalam situasi begitu, mungkin filem ini dapat memberi anda jalan keluar. Jika tidak, sekadar memenuhi masa lapang sajalah. Jika anda wanita yang normal dan gemar filem genre chick flick, komedi romantik atau Professor Razak Mohideen, maka filem santai dan rileks ini mampu memenuhi impian dan fantasi perempuan yang rata-ratanya gemar filem happy-ending sebegini. 

Tapi jika anda lelaki mantap, gagah dan perkasa yang mementingkan teknologi angkasa lepas, robot bersaiz 30 meter, pertarungan angkasa lepas yang melibatkan letupan supernova, makhluk asing ganjil yang berkepala kon ataupun teori-teori konspirasi terkini lagi inovasi, filem ini tidak layak mencemar duli anda. 

http://popculturenerd.files.wordpress.com/2009/06/more-proposal.jpg 
Kredit: popculturenerd.wordpress 

Daripada 5 bintang, saya beri 3.5 bintang. 

Web: http://www.imdb.com/title/tt1041829/
Trailer: http://www.apple.com/trailers/touchstone/theproposal/

Versi selamba:

1. Klise. Klise. Klise.

2. Pasangan aku (Baca: seorang gadis comel) asyik gelak aje tengok citer ni.

3. Eh, baru aku perasan.. 2 orang gadis yang duduk depan aku pon asyik gelakkk aje. Eh, ngape gadis-gadis satu row kat tepi aku pon gelakk je sepanjang filem ni?

4. Tinjauan rawak mendapati, ramai gadis yang asyik gelakkk aje sepanjang filem ini. 

5. Wah, aku pon gelak jugak walaupon aku bukan gadis. So how? how?

6. GSC Tropicana City agak menarik. Couple seat-nya SANGAT COMFORTABLE! Siap bole bend ke belakang. Kalo macam ni tak perlu buang duit masuk ke gold class lagi.

7. Rating untuk filem ni ialah 13PG. Rasanya boleh naikkan sket sebab banyak adegan penting dan lucu tapi lucah dipotong semata-mata nak memenuhi citarasa penonton berumur 13 dan ke atas.


author
jojo
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 2)
Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 1)
13 Perkara yang boleh Anda Lakukan di Langkawi
Bengkel Penulisan Sci Fi dan Fantasi pada 13 Jun 2010
Bagaimana menggunakan FTP client?
8 Dosa Yang Kita Buat di Facebook
Ocean Travel by Lee Sun Gyu (Coffee Prince OST)
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor