http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Diari Penulis: Aliran dalam sajak

iklaneka
image

Aliran dalam sajak/puisi merujuk kepada pegarangan dan sikap pengarang yang terlihat dalam karya. Aliran lazimnya dikaitkan dengan zaman. Sebagai contoh, pada masa ASAS 50 dahulu, pengarang-pengarangnya lebih cenderung kepada aliran realisme sosial, yang sesuai dengan konsep perjuangan angkatan tersebut, dan diikuti dengan aliran-aliran lain lagi.

Aliran yang sering diperkatakan ialah:

1. aliran romantisme
2. aliran realisme
3. aliran realisme sosial
4. aliran ekspresionisme
5. aliran impresionisme
6. aliran imaginisme

Menurut Dharmawijaya (1998), aliran romantisme ialah aliran yang ingin menggambarkan kenyataan hidup dgn penuh keindahan tanpa cacat celanya. Jika digambarkan kebahagian, maka kebahagian itu penuh dengan kesempurnaan. unsur perasaan lebih dominan atau lebih penguasaan sajak-sajak aliran ini.

Aliran realisme pula merujuk kepada keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada, iaitu yg ditemui, dilihat dan dirasakan. penggambaran oleh tokoh manusia, tidaklah diungkapkan gambaran sifat, perlakuan atau keistemwaannya dgn tokok tambah mengikut kebebasan keinginan pengarangnya. 

Berbeza sedikit dgn aliran realisme sosial yg lebih memaparkan kenyataan yg dialami oleh masyarakat atau golongan yg menderita, iaitu buruh, petani dan nelayan. tujuan penyuaran atau penggambaran kenyataan ini ialah utk membangkitkan kesedaran menentang golongan kapitalis.

Aliran eksperesionisme pula merupakan aliran yang pengarangnya tidak mengungkapkan sesuatu secara objektif melainkan secara subjektif. dengan yg demikian, sesuatu yg dieskpresikan adalah gelora dan kehendak jiwanya. segala-galanya yg lahir dari cetusan jiwanya.

Aliran impresionisme merupakan lanjutan daripada aliran realisme. ia merupakan kesan pengarang setelah menghayati kenyataan kehidupan. sajak-sajak aliran ini kurang memberi gambaran tentang sesuatu kenyataan sebenar secara terperinci, tetapi kesan itu lebih kpd pemikiran, perasaan dan kesedaran pengarang. kata-kata yg digunakan tepat, mempunyai kesatuan imej dan penyusunan yg seimbang.

Akhirnya, aliran imaginisme. kalau di AS sekitar thn 1909 hingga 1918, kumpulan pengarang imagisnya dikatan muncul kerana memberontak menentang konvensional. dgn itu, tidak hairanlah jika mereka menggunakan bahasa percakapan biasa dlm karya, sehingga sajak mirip prosa tetapi kata-kata itu dipilih secara cermat dan berkesan.

pemahaman terhadap aliran-aliran ini sekurang2nya dapat menjadi asas kepada penciptaan karya yg lebih berkesan serta relevan dgn masa dan keadaan.

*****

sumber: Nota kuliah Bacaan Luas Siri o5 m/s 12-13,Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin.


Share!Email

about the author

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Add paktam85 as your friend | Send Message

my other posts
Diari Penulis: Tutorial Video dan Audio(basic) .feat Rizzy | 8421 reads
Tertutup sudah tirai CPMK | 1868 reads
Seminggu lagi tarikh tutup CPMK | 1672 reads
Diari Penulis: Sarang labah-labah aka Spider web | 6255 reads
Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor | 3093 reads
Diari Penulis: Peka | 5141 reads
Perutusan Dari Langit Lapan | 1788 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Aku Machio el Diablo


admin blog