Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Random

 

Bayangkan, bos anda seekor anjing. Dia setia, taat dan tak byk songel. Tapi anda lebih bijak drpd dia. Sampai susun fail pun, sepuluh tahun diajar tapi dia masih lagi tak reti2.

Bayangkan, bini anda rupawan mcm bidadari kayangan. Tiap kali keluar membeli-belah di shopping komplek, smua org pandang anda dgn mulut nganga. Pada tenungan mata mereka, bgikan ada tertulis: "knp la pompuan lawa ini kawin dgn jantan muka mcm mentega batu".

Bayangkan, anda lahir di istana. Bapa anda raja, ibu pula seorg gundik diraja. Kemudian, anda terpaksa membunuh abang tiri anda (ya, anak sulung raja) supaya anda boleh rampas title putera mahkota.

Bayangkan, seribu bentuk lagi situasi hipotetikal. Bayangkan jika anda lahir sebgi lipas. Jika anda diturunkan ke mukabumi sebgi daun kesum atau bunga cengkih. Jika anda membesar sezaman dgn Nebuchadnezar atau Kublai Khan. Jika anda boleh berkahwin dengan khinzir, berkawan dengan bakteria, atau mengawan dengan obor-obor.

Tidak semua fantasi boleh kita bayangkan itu indah. Tapi, selalunya kita suka merungut dengan kejadian diri kita sendiri. Cepat bosan dengan takdir hakiki untuk kita. Mcm mana kalau takdir boleh diubah sekelip mata? Mcm mana kalau setiap apa yang kita bayangkan boleh menjadi realiti?

Saya mahu bijan dan big mama jadi jiran saya. Sebelah menyebelah. Kalaulah bayangan ini boleh jadi kenyataan. Hmmm, alangkah!

hahahahaa...

 

Baca perbualan