Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Selamat Berpuasa Semua ;)

  • mosh
  • 15 years ago
  • 666

 

Jam sekarang pukul 2.29am ketika aku mula menaip post untuk blog ini. Post terakhir aku sendiri sudah lupa bila aku hantar. Sekarang aku berada di bilik pejabat futsal aku, masih ada orang tempah walaupun esoknya atau lebih tepat hari ini sudah mula umat islam berpuasa. Mungkin untuk kali terakhir sebelum puasa mula esok mereka nak lepaskan gian. Nampaknya pukul 3.30am baru aku dapat balik ke rumah. Tak mengapa kerana rumah aku sangat hampir dan keluarga pun bersahur mula 4am.

Pada bulan puasa ini sudah pasti seperti tahun sebelumnya akan sangat kurang pelanggan bermain futsal. Sudah pasti semuanya, jika mereka masih bermain pada bulan ini akan mula lambat iaitu 10pm ke atas. Ada pula yang terus 'cuti' sehingga habis bulan Syawal baru mula bermain. Yang pasti bulan Ramadhan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah ibadah masing2. Pada bulan ini juga pada aku, kerja tetap kerja, malah aku kena lebih cari peluang lain kerana kurangnya tempahan futsal.

Oklah, aku tak perlu membosankan kalian dengan hidupku. Tujuan menaip ini sebenarnya untuk mengucapkan kepada semua warga kapasitor termasuk team kapasitor SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN MENJALANKAN IBADAH PUASA. Semua kita semua mendapat keberkatanNya.

;) Teruskan berkarya dan selamat berjaya dalam apa jua bidang anda!

Baca perbualan