Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin September 2009

 

Salam sejahtera, Salam 1Kapasitor, Salam Sapu M-..... eh, tak tak!

Wah, sedar tak sedar, kita sudah pun di penghujung puasa. Betapa saya berharap Ramadhan tidak habis selekas ini. Rasa macam tak puas pun lagi. Selepas ini Aidilfitri akan menjelang. Pesta makanan pun bermula. Semoga tahun ini kita lebih mengawal diri dari tahun lepas.

Iftar Kapasitor @ KL Sentral
Seperti yang diketahui, pada 5 September yang lalu Kapasitor telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di venue yang sama dengan tahun lepas: Restoran Rasamas, KL Sentral. Jumlah yang hadir juga lebih kurang tahun sudah. 25 orang tolak tambah.

Gembira tak usah cakap. Seronok dapat berkumpul dengan yang lama dan berkenal-kenal dengan yang baru. Kepada yang baru pertama kali aku bersua, Zinggof, Paktam85, Teratak. Hai, hai sekali lagi! *lambai-lambai* Kepada yang tak pernah bersua dan tak jadi hadir, terutama Ridhrohzai, Kurusawa dan MiszMextor, semoga bertemu di lain aktiviti :)

Kapasitor MS Sejuk di Ramadhan
Baiklah, Kapasitor sepanjang bulan Ogos, kita mulakan dengan seksyen cerpen..... wow, sekali lagi mencatatkan penurunan terbitan karya! Merajuk benar ni.  Mari kita lihat petikan komen Ridhrohzai selaku moderator seksyen tersebut:

“Secara keseluruhan, di ruangan cerpen, setakat semalam, 30hb Ogos, hanya 13 buah cerpen yang disiar, hampir 50% kurang dari bulan lepas. Mungkin kerana para penulis kesibukan dan selebihnya keletihan. Maklumlah, bulan puasa. Hehehe.

Ada beberapa muka baru dalam penulisan cerpen seperti Eian dan FahdRazy.  Apa yang menarik, untuk ruangan cerpen kali ini kebanyakannya dimonopoli oleh penulis lelaki, sesuatu yang jarang dilihat dan perkembangan yang menarik.”

Bagi ruangan puisi pula, saudara Zinggof akan menghantar komen dalam entri berasingan.

Sikap Positif dan Memberangsangkan
Dalam kelesuan aktiviti di Kapasitor MS, masih ada tonggak-tonggak yang boleh dijadikan tauladan. Jika pada bulan Julai, saya rasa Ridhrohzai adalah ahli contoh Kapasitor MS. Bulan Ogos ini, sehubungan dengan Ridhrohzai yang kebetulan sibuk, Paktam85 adalah ahli contoh Kapasitor MS terbaru yang berada satu liga di atas.

Bukan sahaja rajin menghantar karya, rajin mencuba sesuatu yang baru, rajin pelbagaikan tulisan, rajin berinteraksi, rajin promosi karya, rajin buatkan puisi untuk yang memerlukan-eh!? Lelaki iras-iras Black - Mentor 3 bak kata Darthside4 ini memang menunjukkan keghairahan berkarya dan berkomuniti dalam satu definisi baru.

Semoga di masa akan datang lebih ramai Paktam85 dan Ridhrohzai yang muncul di Kapasitor.

Di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan selamat datang kepada pengkarya-pengkarya baru pada bulan Ogos, seperti sifu FahdRazy, Halim, Alishah, indra0579 dan lain-lain lagi :)

Sifu FahdRazy yang lebih terkenal dalam Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) adalah pengkarya yang mengambil jurusan perubatan berjantina lelaki di Kapasitor. Spesis yang jarang ditemui di sini. Kita sudah ada Rukiahana dan Neddo untuk jantina lagi satu. Bagi yang ingin menimba ilmu dan pengalaman dari anak muda bakal pewaris bangsa ni, jemputlah berinteraksi dengan beliau!

Baiklah, sebelum saya akhiri buletin ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Ogos 2009, saya, mewakili sidang pengelola Kapasitor MS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga manfaat Ramadhan yang kita nikmati hari ini akan berjaya membawa diri kita menjadi orang yang baru melampaui hari raya ini. Maaf zahir dan batin.

Puisi
1. Peri Malim Deman – Paktam85 (Reviu Lain Dari Biasa oleh Zinggof)
2. Ogos Datang Lagi – Jentayu  
3. Kehidupan Ini – Teratak  
4. Bayang Rindu – Enarif  
5. Mengunyah Kebenaran – FahdRazy
6. Bagai Butang! – Ancalisme (Reviu Kreativiti dalam Penciptaan Karya Kesusasteraan oleh Paktam85) 
7. Di Pelabuhan Nyata Bersauh Rasa – Halim
8. Di Sini Hati Bersemi – Adreena
9. Menelan Angan – Kurusawa
10. Pergi – Syud
11. Kasih Putih – Aniegma

Cerpen
1. Rumpun Kesamaran –  _theRain_ (Reviu Rumpun Kesamaran yang Mengusik Jiwa oleh Ridhrohzai)
2. Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!) – Paktam85 (Reviu Percubaan Menghasilkan Karya Satira oleh Seorang Penulis Muda oleh Upenyu)
3. Badi – ZHFR (Reviu Klise Tenggelam dalam Nada Frinjian ZHFR oleh cahatomic)
4. Tiga Cerpen Mini Malam 31 – FahdRazy
5. Mencari Pelangi – Paktam85

Baca perbualan