Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

saya seorang kanak-kanak ribena

  • dayya
  • 15 years ago
  • 3,844

 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Selamat sejahtera pada semua saya ucapkan. InsyaAllah setelah lama tidak menyibuk di ruangan ini, maka dengan keputusan drastik saya telah membuat pilihan untuk menulis entry tentang diri sendiri dan pada hari ini saya akan menyampaikan tulisan bertaip tanpa langkau baris dengan tajuk, SAYA SEORANG KANAK-KANAK RIBENA. Pada Syud, saya yakin beliau akan menjadi dou-berpasangan saya nanti. :P

Hoh!okeh, cukup mengarut. Walaupun ini entry saya tapi saya faham ini bukan blog saya. Hahaha. Baiklah sila setuju jika kamu rasa kamupun ada cirri-ciri ini.

Terasa comel Gedik-gedik manja Mengada-ngada.

Ye, jika ada… andalah yang saya cari. Jom jadi geng! :) heheh.

Saya seorang yang gedik. Ini tak tipu, pada yang rapat ngan saya akan jelas terlihat kegedikan saya tanpa mengira tempat, masa dan tarikh lahir. (eh?) haha. Tak maksud saya usia. Saya peduli apa, bila datang masa saya menggedik tak kira kamu siapa, tetap juga saya jadi seorang yang gedik. Sila ambil perhatian, gedik manja. Dan selalunya kalau ada orang yang tak suka saya tu, mesti sebab sebenarnya kitorang tak rapat atau tak sebulu atau tidak sekufu (eh, silap-silap). Maksud saya tidak pernah cuba untuk menjadi kawan sebab perbezaan sifat dan kematangan. (Ye ke? Ye kot.)

 >Tapi sebenarnya, kalau rapat pun mb ada je yang dah malas nak layan. Siyes mengada. Siyes menggedik. Huhuhu. Cara terbaik nak handle saya adalah dengan mengubah focus saya. Ye, saya sangat senang hilang focus. HEHEH.

 

Saya juga adalah dikalangan makhluk-makhluk yang seringkali alpa dan terasa diri sendiri comel. Ahaks! Memangpun, maka bersedia mendengar segmen puji memuji diri sendiri walaupun kadang-kadang kedengaran sangat-tipu-dan-sangat-bohong. Sila gelak sebab memang bahagian syok sendiri ini adalah ruang untuk saya mencari ke-best-an diri sendiri dengan menyongsangkan suasana yang bosan kepada kurang terkawal dan dalam masa sama member pihak lawan point-point untuk berbahas. Haha, dan saya dengan senang hati gembira bercakap dengan cara begini.

Jadi, adakah saya seorang yang perasan?

(Ya.)  :) hahah, dan kata-kata hikmah yang saya dapat dari ahli nujum kat facebook hari ini ialah,“jangan perasan; ada orang yang lebih bagus dari kamu” ketepek! Hahah.. ye, saya sangat tau itu. So what kalau perasanpun? :P boleh jadi self-motivation hape? Hekhekhek.

Kalau kamu rapat dengan saya, mesti kamu tau saya ni mengada-ngada. Hoh! :PKepada rakan2 yang rapat, sila bersabar dengan saya yang sangat berperangai sewel. Tapi saya janji saya akan jadi kawan yang comel-dan-baik-dan-setia-dan-menggembirakan.

Sekian, terima kasih.

 

Baca perbualan