Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gondoruwo : erk

 

menonton cerita seram Gondoruwo di tv3 smalam membuatkan aku terinGat satu peristiwa yanG aku sendiri alami pada tahun 2006 yanG lampau. hehe.

 

babak yanG buat aku terinGat akan kisah aku sendiri ini dalam cerita Gondoruwo itu adalah babak di mana Diana Daniel [camne tah nak eja nama dia] lalu kat kawasan perkuburan semasa nak pulanG ke rumah nya. dia nampak ramai oranG dok bertenGGek kat perkuburan tu. rupa nya yanG dia nampak adalah roh oranG dalam kubur tu berlepak di kubur masinG2..

isk. seram Gila aku tenGok smalam. buat kali pertamanya aku rasa meremanG menonton filem seram

..kata-kata dari seseoranG yanG amat menGGemari filem seram.

 

kisah aku.

munGkin ada yanG pernah membaca cerita kelakar aku semasa menjadi fasilitator tak bertauliah di kem pertanian SunGai Sudah, Parit Jawa.

ini kisah mistik pula..

 

hari tu,

seGerombolan pelajar serta Guru dari SMK Tun Aminah [kalo tak silap le] datanG ke kem untuk proGram motivasi. dan seperti biasa nya di malam hari ada aktiviti yanG diberi nama 'owlinG'. yakni jalan-jalan separa seram di waktu malam. aku dituGaskan untuk melepaskan peserta yanG dibahaGian mata nya di letakkan kain supaya tak nampak persekitaran.

sedanG aku melepaskan bebudak tu seoranG demi seoranG, lebih kuranG 3 oranG Guru berjalan melintasi aku. mereka senyum je kat aku, dan aku pula membalas senyuman yanG tak berapa nak sini kat dioranG balik.

leGa hati aku kerana tuGas aku hampir selesai, laGi soranG je laGi aku nak kena lepas kan, kemudian, boleh lah aku perGi ke kawasan lain.

sedanG aku menunGGu waktu yanG tepat untuk melepaskan peserta yanG terakhir tu, aku lihat kearah Guru-Guru yanG berjalan melintasi aku tadi. dalam hati aku berdetik, "laaaa.. apsal ramai sanGat kat situ? kanG menGGanGGu je bebudak tu nak owlinG kat situ"

apa yanG aku lihat adalah lebih kuranG 10 oranG sedanG melepak di hujunG jalan yanG sepatut nya peserta lalu. aneh nya, mereka semua berpakaian putih. ala-ala suci muci Gitu. [ayat pinjam :P]

tiba-tiba aku rasa marah sanGat. kebetulan, ketua fasi, meranGkap kawan baik aku lalu, lantas aku suarakan ketidak-puasan hati aku pada nya. "Sopi, apa yanG dioranG buat ramai-ramai kat situ? ishh.. "

"..err.. mana?" tanya Sopi.

"laaa.. tuuu." kata aku sambil menyalakan lampu suluh dan menyuluh kearah hujunG jalan tu.

"ooo... ntah." pendek je jawab Sopi. dan kemudian menGajak aku ke posisi lain.

 

_sekembali nya kami ke maktab perGuruan,

Sopi menceritakan aku yanG sebenar nya dia tak nampak pun oranG-oranG ramai yanG aku tunjuk hari tu. so, dia aGak yanG aku mesti ternampak apa-apa ni. sebab tempat tu memanG ada penunGGu nya.

lepas je apa yanG aku denGar dari mulut Sopi tu, aku demam lebih kuranG 2 hari. tekujat nye pasal..

tak sanGka aku menGalami kejadian mistik. hehe.. tapi alhamdulillah kerana aku ini seoranG yanG 'blur'. sampai tak sedar yanG aku telah berdepan denGan makhluk halus. aGak kalau aku tak 'blur', mau nye aku penGsan kat situ juGak. ada juGak lah faedah dari menjadi seoranG yanG 'blur' ni kan..

 

huhu. apa-apa pun. cerita Gondoruwo tu aGak menarik.

Baca perbualan