Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TEATER GAMAT

 

Ahad lepas, gua dan famili pegi menonton teater GAMAT di IB.

Jadi, nak beri sedikit ulasan berdasarkan pengamatan gua:

 

Idea : 5/5 ( menaikkan imej Gamat, belum pernah orang cerita)

Props dan Set : 4/5 (cantik dan menarik, tetapi kebanyakan hanya untuk hiasan)

Make-up dan Busana: 4/5 (cantik dan kena pada watak, cuma ada beberapa watak yang hanya menghias)

Lagu dan nyanyian: 3/5 ( lagu sedap, tapi penyanyi korus menyanyi agak kureng- terlalu berbaur, jadi kurang dapat tangkap apa yang di nyanyikan)

Lakonan: 3/5 ( Amy MAstura menjadi 'Amy Mastura', dan pelakon lain, o.k -o.k saja )

Penceritaan: 1.5/5 ( sangat panjang durasinya-2 setengah jam. Setiap kali watak baru muncul, pengenalan watak adalah serupa caranya, menyanyi dan menari-redundant. Memang ini teater muzikal, tapi pengenalanm watak boleh saja pelbagai caranya. Plot cerita di susun agak longgar. Banyak watak yang tidak ada apa-apa peranan(sekadar memeriahkan ruangan dengan kostum yang pelbagai-ikan, landak laut dsb)

Satu lagi, sinopsis cerita telah menceritakan segalanya, dari awal hingga akhir cerita- tak ada apa lagi nak ditunggu-tunggu semasa menonton~ dah tahu apa akan terjadi, takde suspen lagi.

 

Kesimpulannya, gua bagi 2.5/5 bintang.

 

P/S: ini hanya pendapat gua saja. kalau nak tahu sendiri , pegi la tengok... TQ

 

 

 

 

Baca perbualan