Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Bentuk

 

Bila kita bina rumah kena ada tiangnya..bila bina tiang kena ada bahan-bahannya..bila ada ada bhn-bhn baru leh bina tiang,bila dah ada tiang baru leh jadi rumah..bila ada rumah leh lah tambah2 nk letak aircond ke nk letak kipas ke lampu ke..

maybe sebelum2 ada gak cerita psl ni..sbb ada juga sy terbaca dimana2 post lama2..mungkin kali ni sekadar tambahan sj dari sy yg baru belajar ni..apa yg sy nk kongsi di sini ialah aspek-aspek puisi.

apakah tiang-tiang yang perlu ada untuk membina sebuah rumah?
maka disini sukalah sy menyebut tiang-tiang tersebut adalah saling berhubung kait dan berimbangan agar rumah itu menjadi teguh dan memberi kesan kepada penduduk-penduduk kg yang melihatnya.
antara tiang-tiangnya ialah tema,bentuk,bahasa,nada,bunyi dan teknik penyampaian..

xperlu rsnya terangkan tema tu apa..sbb ada byk entri yg terangkan psl tema jd disini sy cuma tambah sket untuk jenis2 tema..tema ni ada pelbagai seperti alam,mengenai diri,kemasyarakatan,semangat perjuangan,keagamaan dan ketuhanan dan banyak lagi...

manakala bentuk pula ialah kedudukan binaan "jumlah baris dalam rangkap", "jumlah perkataan dalam baris" dan susunan rima di hujung baris. puisi moden amat berbeza dengan puisi lama(pantun,syair,gurindam) yang kita boleh dapati dengan jelas perbezaannya. di mana jumlah baris tidak semestinya tetap,jumlah perkataan tidak seimbang untuk meninbulkan suku kata(8-12 sukukata) setiap baris. susunan rima biasanya tidak dikekalkan contohnya susunan abab sebaliknya syair dalam susunan aaaa. 
namun puisi(sajak) mempunyai nama-nama khusus bersandarkan jumlah baris:

distikhon: 2 baris serangkap
 terzina: 3 baris serangkap
quatrain:4
 quintain:5
sextet:6
septet:7
oktaf: 8 baris serangkap

bilamana sajak yang sudak tersimpang dari bentuk tetap ia dipanggil bentuk bebas. 
 
ketiganya ialah bahasa.bahasa merupakan media yang utama kepada pemuisi untuk menyerapkan pengalaman jiwa(perasaan dan fikiran). bahasa sesebuah sajak mementingkan "kehalusan","kemuliaan" dan "kesempurnaan" dimana pemilihan,pembentukan serta penyusunannya dapat memenuhi kehendak keindahan.untuk jenis2 bahsa mungkin pada lain entri sy akan nyatakan..nantikan entri yang lain untuk nada,bunyi dan teknik penyampaian juga.
 
sekian saja..berjumpa lagi di lain entri..selamat berkarya dari saya
paktam85(Tabir Khaizuran) 

Baca perbualan