Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Nada dalam sajak

 

Hah?tak pernah dengar?biar betul? ada siapa kata tak ada nada dalam sajak..sebenarnya aspek nada dalam sajak juga memainkan peranan penting. dan pada kebiasaannya nada mempunyai perkaitan rapat dengan tema atau pemikiran yang dikemukakan dan sikap pengarangnya.

Bagaimana nak tentukan nada?Hohoho...saya pun tak berapa expert sangat. nada biasanya ditentukan melalui penggunaan diksi dan baris atau keseluruhan sajak sama ada bersifat lembut atau keras, tinggi atau rendah yang terhasil daripada paduan pelbagai bunyi di dalamnya.

ada beberapa jenis nada dalam sajak:

1) nada melankolik

2) nada romantik

3) nada patriotik

4) nada sinis

5) nada protes

 

Nada melankolik ini selalunya menjurus kepada kesedihan, murung, mendayu-dayu dan hiba. Maka, bila dideklamasikan sajak itu, luahan suaranya rendah dan perlahan saja. Kalau sajak melibatkan perasaan memang sesuai menggunakan nada ini. Tema penderitaan, kemiskinan, kesusahan hidup, kekecewaan biasanya akan guna nada ini.

 

Nada romantik pula cenderung melukiskan suasana hati atau perasaan pengarangnya yang tenang dan menyenangkan. kalau sajak yang bertema kasih sayang, harapan dan impian untuk mencepai kebahagian lazimnya guna nada ini. jenis bahasa yang digunakan halus, lembut dan merdu.

 

Tegas dan bersemangat. Itulah nada patriotik. sajak yang bertemakan perjuangan menentang penjajah, pihak musuh, menegakkan keadilan dan seumpanya wajarlah menggunakan nada ini. Diksi yang dipilih akan menggambarkan ciri-ciri ketegasan dan semangat yang dikatakan itu.

 

Nada sinis pula mungkin rendah dan perlahan,kadang-kadang diselangi dengan suara yang tinggi, tetapi tajam menusuk hati. Sajak-sajak yang mengkritik, menyindir sesuailah guna nada ini.

Yang terakhir nada protes, yang lebih kepada suasana penentangan dan pemberontakan. Tema kekejaman, ketidakadilan yang menyebabkan kebencian dan kemarahan yang sesuai. Tekanan suara keras, tinggi dan nyaring. Kata-kata yang digunakan langsung dan jelas, tepat dan tegas.

Ok setakat itu saja untuk entri kali ini..selamat mencuba.saya pun masih mencuba menerapkan nada dalam  puisi. walaupun tidak mudah tapi ia bukan kerja sukar (eh, betul ke ni?). apa-apa pun (bkn apun) selamat berkarya..hehe.

Sumber: nota kuliah siri 05..

Baca perbualan