Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dua Puluh Tiga

  • nurie
  • 14 years ago
  • 1,023

 

Alhamdulillah. Sudah 28jam saya menginjak tahun ke 23 hidup saya di alam duniawi. Syukur..syukur dan syukur padaNYA..saya masih sihat sejahtera di atas kerusi ini sambil menghadap ke tingkap dunia maya yang tiada hujung dan tiada pangkalnya.

Seperti kamu, saya juga telah menelusuri ombak-ombak dalam kehidupan. Dugaan, ujian, cabaran, pahit manis asam garam menjadi syarat untuk dilalui oleh manusia yang masih bernyawa. Jika pahit manis itu dapat dihitung dalam angka, atau boleh ditimbang mengikut beratnya..bolehkah kita tentukan yang mana jumlahnya lebih besar?

seperti dosa dan pahala yang terkumpul, berapa beratkah dosa saya yang tersabit dan berapa ringankah pahala saya yang terkumpul? Allahualam..

Selama 23 tahun, semuanya bagai semalam. Yang pahit pasti tak pernah dilupa. Yang manis…hilangnya sekelip mata. Kerana rasa pahit tak mampu tandingi rasa pahit yang masih melekat di tekak hati.

Sejauh manakah kematangan saya setelah 23 hidup sebagai manusia?

Bagaimana untuk saya menjawabnya..saya matang atau tidak? kamu boleh tolong jawabkan untuk saya?

ok abaikan...


23 tahun lalu, seorang bayi keluar dari rahim ibu. Dan hari ini bayi itu tidak sudah dewasa,
bak kata 'dia', kamu yang telah dewasa..kini sudah layak melahirkan seorang bayi.

Ajaibkan?

Cepatnya masa berlalu. Cepat macam naik mesin masa doremon dalam laci nobita saja.

Sudah 23 tahun, tidak tahu berapa lagi baki yang diperuntukkan untuk saya oleh Dia yang Maha Berkuasa. Siapa tahu mungkin saya diizinkan menikmati hidup selama 3 kali ganda usia saya sekarang, atau mungkin juga separuh dari pada usia saya itu saya sudah dipanggil menyahut seruanNya. Atau mungkin hari ini? ah, sangat takut bila memikirkannya. Ajal maut bukan di tangan kita.


Ya Allah…perkenankan doa hamba ini…

Jadikan aku hambaMu yang beriman
Jadikan aku umat Rasullullah yang tak pernah lepas dari beramal
Jadikan aku anak ibu yang solehah
Jadikan aku anak ayah yang tahu mengenang jasa
Jadikan aku adik yang sentiasa mengerti perngobanan seorang abang
Jadikan aku adik yang baik kepada seorang kakak yang prihatin
Jadikan aku kakak yang penyayang kepada seorang adik yang berhati suci
Jadikan aku pelajar yang menuntut Ilmu di jalanMu ya Allah.
Jangan pernah biarkan aku jauh dari jalan hamba-hambaMu yang beriman,
jangan pernah padamkan suluhan lampu hidayahMu di jalan itu..

Amin..ya rabbalalamin..


Siapa kata untuk menjadi semua itu mudah????

ok, saya tak tahu mahu taip apa lagi. 

 

 

Baca perbualan