Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Remeh tapi pengajaran di hari Jumaat.

  • nurie
  • 14 years ago
  • 1,505

 

Petang tadi lepas hantar adik pergi exam saya ubah planning saya. Nak ke KK, tak terus balik rumah. Sementara ada masa time minggu exam ni, baik saya selesaikan cepat tempahan brooch mutiara yang orang pesan semalam. Maka tadi dengan suka hatinya saya mendail nombor telefon anak kepada seorang ibu yang inginkan brooch mutiara itu.  Untuk mengkompomkan sebelum saya gerak ke KK. Kol punya kol, sampai lebih 8 kali jugak saya kol orang tu tak angkat. Last2 saya balik rumah je terus.   

 

Sampai rumah je saya nap. Bangun-bangun je, terus buka handphone..saya dapat mesej ini :


Ari ni ada 1 lg ujian..pperiksaan tmbahan. Sbjek pengetahuan am. Masa : 10 mnt. OBJEKTIF.

Soalan 1. Biasanya pd hari jumaat, lbih kurang 2 jam, (dri jam 12.30-2.30) kaum Adam akan pg beramai2 utk  _
a)bermain layang2
b)memanjat pokok
c)menangkap beruk

Soalan 2. Ketika ssorang sdg slat brjemaah, ttba2 hp nye brbunyi brkali2, apakah perasaan org tersebut?
a)maluuu
b)malunyeeee
c)ya Allah, malunyeeeeeeeeee!

Jawab2!

 

Saya gelak guling2 baca mesej beliau. :))
tatau mcam mana mahu jawab soklan tu. Sangat kelakarrr

Tanpa berlengah terus cepat2 kol dia mintak maaf sebab ganggu solat dia. Dia kata kalau dia sorang je tak khusyuk solat dia boleh terima. Tak pasal2 satu masjid tadi dah dengar ringtone lagu Hetty Koes Endang semasa tengah solat. Ok saya tak mahu banyangkan! Rasa bersalah sangat2… :~

Perkara ini nampak remeh tapi kesannya sangat besar. So pengajarannya,

1. untuk saya yang selalu lupa atau sengaja buat2 lupa : jangan pernah lupa hari jumaat lelaki pergi solat jemaah.

2. untuk siapa2 pun : jangan letak handphone dalam poket ketika solat. Kalau ya pun desperate nak letak, kasi silent la!

 

salam. ;)

 

Baca perbualan