Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin November 2009

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

November tiba!
Jika anda seorang murid sekolah, cuti semester sudah hampir menjelang. Selamat merancang aktiviti berfaedah!
Jika anda seorang siswa-siswi IPT, musim peperiksaan sedang berlangsung. Selamat menjawab peperiksaan!
Jika anda seorang penjawat awam, silalah catu makanan dan berjimat cermat bulan ni. Siapa suruh perhabis sakan gaji yang masuk awal musim perayaan baru ni. Ha ha.
*okey, ini kiu untuk pengusaha-pengusaha MLM, Affiliates, Piramid, Forex dan segala skim Labur Sikit Terus Kaya untuk berbondong-bondong datang mengiklan*

Jika anda seorang (dua orang?) bakal mempelai di musim orang kahwin hujung tahun ni pula, sila berjaga-jaga. Darah dah semakin manis. Pegang birai katil tu kuat sikit. Kalau perlu cakar tilam. Cakar. Kalau perlu carik dinding. Carik. Sikiiit lagi. Sikiiiit lagi. Roaaarrrrr! Hihi!

Dan.. jika anda seorang pencacai yang berasal dari kota metropolitan di sebelah Pantai Barat dan kini hidup terasing sebatang kara bertemankan hati sepi di Pantai Timur, jagalah kesihatan anda. Musim tengkujuh sudah melanda. Angin meribut, hujan merembah, laut menggelora, ombak membadai. Kalau demam nanti siapa yang susah? Tak ada siapa. Diri sendiri aje. Huks :(

Ok, drama ke samping.

Ahli Baru
Selamat datang! Selamat berkarya! Salam budaya! Salam kenalan! Salam Ukhwah!
buat:
myra_zoe, fizzie, airina, SangBogo, paiwunan, pijat2, canaria, mustapa dan lain-lain lagi.

Semoga kehadiran kalian di sini akan menambah rencah sedia ada agar komuniti ini lebih meriah, bermanfaat dan boleh dinikmati oleh kek massa yang lebih besar. Berkenalan dan mengenalkan dirilah agar jalinan antara kita menjadi lebih erat.

Sepintas Kapasitor MS
Seksyen Cerpen bulan lalu mencatatkan sedikit penurunan. Tapi masih lagi di paras yang baik dengan 23 entri. Paktam85 dan Ridhrohzai - Kru Pengelola seksyen berkenaan berpendapat, di sebalik pengurangan minor tersebut kualiti karya yang dihasilkan terutama dari pengkarya baru adalah sangat memuaskan. Besar harapan mereka untuk penulis yang baru sertai ini meneruskan ideologi dan usaha mereka sekarang.

Cuma sedikit yang jadi kebimbangan Ridh adalah fenomena berat tangan untuk pembaca klik pada bintang atau meninggalkan sedikit komentar pada karya. Sedangkan kita semua maklum bahawa respon dari pembacalah yang menyemarakkan iltizam dan membantu penghasilan karya-karya berkualiti.

Kepada pembaca, selepas ini rajin-rajinkanlah meninggal tanda. Semoga kesan menang-menang akan kita rasa :)

Seksyen puisi pula. Haaa. Kali ni ada komen panjang lebar dari Zinggof:
Seronok tengok puisi-puisi adeyl. Nampak dia membesar.
Puisi-puisi dayya dah masuk zon kembang, tapi dah macam puisi aku zaman pening sendiri tak faham dulu. Bukan dayya dah 100 puisi? Jadi seharusnya dia sudah membesar dan memahami pembaca. Mungkin? Tapi semenjak dia baik dengan paktam ni, macam ada sesuatu yang menampakkan beberapa puisinya "menjadi". Paktam apa rahsia? Haha
Puisi paktam, hebat-hebat. Tapi terlalu banyak dikaburkan dengan puisi eksperimental mungkin?
Kalau boleh pilih dan asah, cantik.
Puisi kak mas masih disayangi.
Puisi kak zu, wah, aku lemah sikit prosa. Nanti baru baca reviu kak mas.
Puisi pak penyu memang dewa.
Puisi ahli baru, macam sang bogo, busseat, rasyidah tu agak menarik. Tapi macam ada seseparuhnya, nak tak nak je hantar.
Puisi paiwunan macam ada "rantai" dengan stail puisi kurusawa. Mungkin?
Puisi sendiri, masih belum jumpa rentak setelah mengalami renjatan beberapa bulan.

Terima kasih Apun @ Zinggof di atas ulasannya :D

Kolaborasi
Dalam deretan impian saya di Kapasitor ini, salah satunya telah terlunas baru-baru ini. Bayangkan situasi ini:

Seorang lelaki berumur 24, pelajar IPTA, agak skima, rajin berpersatuan dan melakukan aktiviti yang boleh dapat markah merit – membuat puisi.

Kemudian datang seorang lagi brader, beza umur tidak memungkin mereka satu sekolah, terkenal dengan karya-karya frinjian dan sempoi, tolong angkat puisi tu jadi sebuah lagu. Dimasukkan tempo. Dinyanyikan dengan melodi tersendiri.. dan lagu itu boleh didengar di SINI.

Nah! Dua invidu yang saling tidak mengenal asalnya, berlainan generasi, berbeza ideologi, bersatu di atas platform ini untuk menghasilkan sesuatu yang mungkin tidak boleh dicapai jika diusaha bersendirian. Fuh! Saya tumpang gembira. Tahniah kepada mereka! :D

Cinta@Kapasitor
Sehingga bulan Oktober lalu, terdapat enam pasangan yang telah disah dan diiktiraf sebagai pasangan pacar Kapasitor. Bermaksud, mereka ini berkenalan di Kapasitor, lalu berpacaran! Siapa enam pasangan tu? Dan bagaimanakah ranking turutannya? Ha ha. Sila cari sendiri.

*Bilangan yang masih bersama tidak semestinya 6 :)

Apa yang menarik pada saya, menjelang awal bulan hadapan. Insya Allah jika diizin tuhan satu lagi kategori akan dibuka. Kali ini kategori yang lebih diberkati kerana cinta yang layak dimuliakan hanyalah cinta yang ada ikatan. Jika lancar seperti yang dirancang kita bakal mengiktiraf pasangan berkahwin Kapasitor yang pertama! :D

Semoga usaha ini diperkenan dan dipermudah Tuhan. Amin!

p/s Harus perhatikan pengapit majlis tu. Dengar cerita suci budaknya. Hiks.

Baiklah, sampai di sini sahaja buletin kita pada kali ini. Saya memohon maaf jika ada tersalah kata terkasar bicara. Marilah kita saling bermaafan dan berpesan-pesan pada kebaikan serta kesabaran.

Saya akhiri buletin ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Oktober 2009 :)

Puisi
Seorang Tua di Bumi Andalas – Adreena
Puisiku Tidak Lagi Terbaca di Hatimu - Upenyu
Ini Bukan Kisah Airmata - _theRain_ (Reviu Prosa Cinta yang Puitis, Romantis oleh Myelina)
RPS: Lembaran Satu – Dayya
45 Minit Sebelum Maghrib – Rasyidah
Sekuat Angin Bohorok - Busseat
Membahagi-bahagi – Kurusawa (Reviu Kekuatan Semulajadi oleh Paktam85)
Setinggan Cinta – Zinggof
Posan Onyang – Adeyl
Kubawa Hatimu – Myelina
Sebuah Epik Fikiran – Paktam85
Salam Pertama Buat Kapasitor - SangBogo (Reviu Beradap Berpuisi oleh Zinggof) 

Cerpen
Laksana Bulan – Adra (Reviu Sebuah Fantasi oleh Paktam85)
Mahar Buat Isteri – Jo3y (Reviu Sebuah Saga Cinta Islami oleh Ridhrohzai)
Heri
– Wahyudimy
Kek Coklat – Ridhrohzai
Surat Cinta Threasia - Upenyu

 

Sekian.

Cahatomic
Kapasitor MS

 

 

 

Baca perbualan