Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

 

Salam Sejahtera dan salam satu Malaysia.

Rasanya masih ramai yang ingat dengan mantan MS Kru Bahasa Malaysia iaitu Mr_Kajiwa atau panggilan adik-adik di sini sebagai Kak Maria. Rasanya dah lama beliau tak jengah ke sini dan dah lama juga kita tak baca karya-karya beliau. Malah apa perkembangan beliau sekarang juga tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, bagi yang ingin mengikuti karya beliau terkini yang tersiar di media cetak, silalah beli (atau dapatkan) Majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini. Cerpen beliau bertajuk "Lintah" ada tersiar menggunakan nama "Maria Kajiwa". Corak penulisan beliau yang sering menggunakan tema kekeluargaan dan watak-watak seperti abang long, Busu, Angah, ayah, emak, adik dan sebagainya memudahkan saya mengenali hasil karya beliau. Apa yang ada dalam "Lintah", anda baca sendiri.

Jadi bagi ahli-ahli yang lain, pertanyaan saya adalah, "Anda bila lagi?" Mulalah menghantar karya anda ke media-media cetak. Mereka memang menanti karya anda. Jangan hanya gah di Kapasitor je. Kalau boleh kita nak Kapasitor diberi gelaran secara literal sebagai "Academy" yang melahirkan barisan penulis muda yang mula berjinak-jinak di dunia sastera tanah air.  Jangan berlengah lagi, mulalah menghantar karya anda sekarang.


Cukup di sini dulu, jumpa lagi.

 

Pak Penyu

 

Baca perbualan