Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pak Penyu di Bernama TV

 

Tenghari tadi saya pulang tergesa-gesa dari Kuching atas permintaan Presiden PSLNS supaya menghadiri sidang akhbar Kompleks Sukan Negara di Stadium Bukit Jalil. Ini adalah kerana Kompleks Sukan Negara akan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan KSN pada 12 & 13/12/2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Sebaik sampai di KLIA saya terus ke Bukit Jalil. Sidang akhbar diadakan jam 3.00 petang. Kursus yang sedang diadakan di Kuching terpaksalah dilepaskan kepada pembantu-pembantu yang ada. Dan rasa malas dah pulak nak balik semula ke Kuching yang sepatutnya tamat esok.

Pada penghujung sidang akhbar tersebut Pak Penyu selaku Pengarah Pertandingan telah ditemubual oleh wartawan Bernama TV. Panjang lebar la jugak temubual tu. Tapi untuk siaran TV1 dan di Awani agak adalah kot dalam 30 saat je.. hahahaha..

So kalau nak jumpa Pak Penyu, datanglah ke Stadium Putra Bukit Jalil ramai-ramai pada 12 & 13/12/2009. Acara paling istimewa adalah Pertandingan Bola Jaring Lelaki (hahaha...). Kalau Kapasitor nak hantar team lelaki acara bola jaring, boleh juga. Pak Penyu boleh jadi coach..free of charge...hehehehe..

Pak Penyu dan Bernama TV

Pak Penyu (sambil menten macho) sedang ditemubual oleh wartawan Bernama TV

 

 

Baca perbualan