Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

saya tak tahu nak letak apa untuk tajuk entri ni

 

Assalammualaikum…

 

Boleh tak saya katakan yang Kapasitor ni adalah antara salah satu tempat di mana ahli-ahlinya boleh “menelanjangkan” dirinya secara tak langsung kepada umum?

Selalunya orang menghasilkan karya (baca: skrip, pengarahan, lukisan, puisi, cerpen, novel, etc, etc) atas sebab peribadi. Tak kiralah macam mana pun dinafikan, saya percaya sedikit-sebanyak mesti ada kena-mengena dengan pengkarya itu sendiri. Kadang-kadang kita tak dapat capai impian kita dan sebab itulah kita cuba capai dalam karya-karya kita. Kadang-kadang kita sangat mengenali sesuatu perkara dan dengan berkaryalah kita cuba pantulkan balik. Kita nak kongsi dengan orang lain.

Sudut penulisan, artwork dan blog di sini secara tak langsung telah mendedahkan serba sedikit tentang karakter ahli-ahli di sini. Senang cerita, saya ambil contoh salah seorang ahli Kapasitor, iaitu diri saya sendiri.

Jujurnya, saya mengaku dengan penuh rasa rendah diri bahawasanya semua, saya ulang, SEMUA karya-karya saya terutama di bahagian cerpen adalah tentang diri saya. Tentang apa yang saya rasa. Tentang apa yang dekat dengan saya. Tentang impian tak masuk akal saya (seelok-eloknya, begitulah kan? Menulis apa yang dekat dengan diri kita?). Mungkin ramai yang tak sedar tentang perkara itu. Saya pun tak mahu orang sedar...hehehe! Tapi sekarang orang sudah tahu rasanya. Ada juga yang sedar. Contohnya seperti Saudara Kurusawa yang tersedar akan perkara itu. Dia telah memberi komen di dalam salah satu cerpen saya. Mengandaikan dia memang banyak membaca cerpen-cerpen saya, saya memutuskan dia mungkin telah tahu flow cerita-cerita saya serba sedikit.

Jangan tanya saya, adakah saya meletakkan diri saya sebagai seorang Azimah ataupun Mat Noor di dalam cerpen Azimah Oh Azimah. Atau adakah saya sebenarnya seorang gay di dalam cerpen Utusan dari Tuhan. Atau seorang lelaki misteri bertopi besar di dalam cerpen “Maaf saudari, saya perlu memberitahu ini kepada anda”. Atau juga seekor kucing hitam di dalam cerpen Kau pembunuh!, ataupun apa-apa sahaja watak, benda, pemandangan, etc, etc, di dalam cerpen saya. Saya rasa elok saya simpan untuk diri sendiri saja.

Melalui Kapasitor juga, sedikit-sebanyak saya dapat menangkap beberapa karakter ahli-ahli di sini walaupun tak pernah bersua muka, apatah lagi mahu berbual dan bercanda ria. Melalui karya-karya mereka, ada juga yang saya anggap sebagai seorang sangat romantik (tak tahulah romantik sampai tahap langit ke berapa :P). Ada yang sedikit ego, ada yang mempunyai sense of humour yang baik, berpengetahuan luas, melankolik, gila-gila dan banyak lagi kalau nak disebutkan. Saya tak tahulah bagaimana karakter sebenar masing-masing apabila setiap satunya bersua muka

Sebab itulah dikatakan penulisan adalah salah satu cara membogelkan diri sendiri (dengan cara yang seksi! Hehehe!) secara tidak langsung. Ada sesetengah pengkarya yang sengaja melakukannya dan ada yang tidak menyedarinya.  Sekian...

p/s: boleh ke saya letak tajuk "membaca karakter melalui Kapasitor"?

Baca perbualan