Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Disember 2009

 

Sejak Aidilfitri tempohari, dah 3 kali saya demam selsema. Nak-nak sekarang ni musim tengkujuh dah mula. Kali pertama ni saya lalui hujan terus menerus 5 hari, 7 hari. Hujan sokmo! Tak renyai, lebat. Tak lebat, rintik. Lepas tu mulalah. Tekak menjerut, hingus menjejer, kahak melikat. Adakah saya saja atau memang cuaca Terengganu ni prejudis dengan lelaki suci?

Srrooottt! Adeh dehh. Urat tekak tertarik sama.

Okey. Selamat datang saya ucapkan buat pengkarya baru yang mewarnai Kapasitor MS!

Antaranya Zulkifli, Kapakajaib, Darin, Saifulj8, Jacquenne, Rulimuncak, Cheqnono, PenulisKIM (yang dah lama mendaftar tapi baru mula menghantar karya) dan lain-lain lagi!

Rata-rata saya perhati.. fuh, memang berkobar-kobar ahli-ahli baru ni! Beratur karya-karya berkualiti dihidang untuk tatapan pembaca. Masing-masing ada stail dan aliran penulisan tersendiri. Penuh variasi. Tak sempat baca satu, hah, muncul lagi! Bagus, bagus!

Ingatan dari saya, rajin-rajinlah berinteraksi dengan pengomen. Rajin-rajin juga melawat karya mereka yang lain. Kita hidup dalam komuniti begini tak boleh terlalu penting diri :) Saling menerima dan memberilah supaya jaringan sosial ini boleh memberi manfaat.

Sebulan ini, antara soroton hangat tentulah perkahwinan encik pengasas, saudara Johari (Jojo) dan pasangannya Nadia (Njay). Tidak lupa kepada Kak Maria (Mr_kajiwa) yang sudah lama menyepi di laman ini, tetapi karyanya muncul dalam Mingguan Wanita. Saudara Fahd (Fahdrazy) pula ada menulis sedikit tentang kapasitor menerusi artikelnya di Dewan Sastera bulan Disember.

Pak Penyu (Upenyu) kita pun apa kurangnya, kali ini dipetik Bernama TV. Bukan, bukan! Bukan pasal penulisan. Tapi sebagai Pengarah Pertandingan Gusti Lengan KSN! WOW! Pak Penyu, nanti dah terkenal macam Aleksander Filimonov jangan lupa kami di sini.

Bukan main lagi kenamaan-kenamaan Kapasitor ni :)

Okeylah, sampai di sini sahaja buletin kali ini. Hihi, maaflah jika ni antara buletin terpendek yang ditulis :) Saya akhiri buletin ini seperti biasa dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan November 2009! :D

Puisi
Pasar Hati - _theRain_
Sumpah Setia – Zinggof
Perempuan Berjilbab Hitam – Rulimuncak
Kisah Seorang Politikus Palsu Yang Tersesat dan Terlantar – Teratak
Pulang (Marilah Pulang) - Mangifera
Masih Ada Kerinduan - Myelina
Berapa Ringgit Baru Cukup? – Paktam85
Mantra Maut - Nalesmana
Makam Mu Bonda  - Jacquenne
Rencana Sukma Sang Musafir - Ancalisme

Cerpen
Cinta Pandang Pertama – Ridhrohzai
Adik – Mangifera (Reviu Kekuatan Lontaran Diksi dalam Adik oleh Ridhrohzai)
Adam dan Hawa – Jo3y
Potret Kasih Ficus Deltoidea Untuk Abang – PenulisKIM
Narapidana - Wahyudimy
Sebutan Khas: Apa yang Tangan Anda Buat Semasa Anda Lena – Otak  

Baca perbualan