Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hayden & McCourt

 

Salam semua...

 

Rasanya macam dah berkurun saya tak menulis di sini, apatah lagi menghantar karya. Sebab tiada cerita yang menarik mungkin. Bukan kata di sini, di blog peribadi saya pun dah macam entah apa-apa...

Ok.. Ok.. mereka faham dah. Teruskan kepada tujuan asal, boleh?

Hehe.. Maaf. Baiklah, tujuan sebenar saya menulis di ruangan komuniti hari ini adalah untuk berkongsi dengan kalian semua berkenaan buku-buku yang telah, sedang dan akan saya baca. Buku yang menarik perhatian saya dan seterusnya saya jadikan sebagai motivasi sampingan untuk saya meneruskan kerjaya sebagai seorang guru. Buku-buku yang memberi keyakinan kepada saya bahawa apa yang telah saya lakukan selama setahun lebih ini adalah tidak salah malah itulah ciri-ciri guru yang prihatin. Saya tak mahu jadi guru yang sekadar tahu mengajar, cermerlang dalam teknik P&P tapi saya mahu jadi guru yang berjaya mengubah pendirian dan pemikiran sempit orang lain terhadap pelajar yang bermasalah. ;)

 

1. Beautiful Child - Torey Hayden

Apa yang membuatkan saya tertarik tentang novel ni adalah kerana ianya berkisarkan tentang kisah benar seorang guru dan pelajar istimewa. Pelajar yang tidak pernah bercakap atau memberi reaksi. Satu-satunya reaksi yang diberikan adalah menyerang sesiapa saja yang 'menyentuh butang amarannya'. Sukar untuk diketahui di mana terletaknya 'butang amaran' tersebut dan bagaimana untuk mematikannya. Satu saat dia hanya berdiri di sudut kegemarannya di belakang bangunan sekolah sehingga menyukarkan sesiapa untuk mencapainya dan risau tentang dia, satu saat kemudian, dia akan menyeringai ibarat singa lapar dan andai tersalah langkah seseorang pasti menjadi mangsa serangannya. Namun, seorang guru tidak pernah berputus asa dengannya. Di sebalik rasa tidak percaya orang lain terhadap si kecil, dia tetap dengan pendiriannya bahawa 'Beautiful Child' boleh berubah. Torey cuba sedayanya menyokong Violet di samping melayan karenah beberapa orang lagi kanak-kanak yang berbeza karakter. Penghidap sindrom Tourette, si hyper aktif, kembar yang suka mencari gaduh, si gadis kecil yang pelik dan suka bercakap dengan tangan sendiri...dan (saya lupa dah).

Setelah menempuh pelbagai rintangan dan berita buruk, Torey akhirnya berjaya membuat Violet bercakap. Namun, oleh kerana Violet bercakap dan bereaksi cuma atas arahan Torey, tiada siapa pun yang yakin Violet boleh menjadi normal. Kehilangan Violet sepanjang musim sejuk menambahkan rasa tidak yakin beberapa pihak terutama pihak kebajikan sosial kerana mereka menyangka Violet sengaja tidak mahu hadir ke sekolah. Padahal, dia dikurung di bilik air dengan hanya sehelai baju oleh teman lelaki neneknya yang juga merupakan ayah kandungnya! (ibunya adalah seorang terencat akal yang berumur 18tahun yang disangka kakaknya yang telah dirogol oleh teman lelaki ibu sendiri). 

Apa yang membuat kan saya tertarik dengan novel-novel Torey adalah cara dia berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar di samping terdapat juga beberapa aktiviti yang diceritakan oleh Torey yang boleh saya adaptasikan dalam kelas nanti. Tidak semestinya untuk pelajar bermasalah. Antaranya bagaimana dia memastikan pelajarnya yang hyper aktif duduk di kerusi sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung. Hah! Boleh saya adaptasi untuk pelajar tingkatan 1.

 

2. Someone else's kid - Torey Hayden

kalau Beautiful Child berkisarkan tentang seorang pelajar yang tidak mahu bercakap, Someone else's kids pula menceritakan tentangg 4 pelajar yang 'dibuang' daripada sistem persekolahan biasa kerana mereka dianggap sebagai 'istimewa'. Buku ni baru saya habis baca jadi saya masih ingat...

Lori, kanak-kanak comel yang pintar Matematik tetapi sayangnya tidak pandai membaca. Boo, si kulit hitam yang paling muda, hanya pandai mengajuk laporan kaji cuaca ataupun frasa-frasa yang dirasakannya menarik. Istimewanya setiap ajukan frasanya memberi makna, cara dia berkomunikasi. Tomaso, kanak-kanak Hispanic yang suka cari gaduh, panas baran dan selalu menganggap ayahnya masih hidup sedangkan dia sendiri melihat bagaimana ibunya menembak mati ayahnya dan Claudia, berumur 12 tahun, gadis yang asalnya daripada sekolah berasrama tetapi kerana dia termengandung, Torey yang dikehendaki memikul amanah mendidiknya dan yang lain-lain.

Cabaran Torey memastikan Boo duduk diam, Tomasa tidak lagi marah-marah lempar meja dan sebagainya serta memastikan Lori boleh membaca. Menjaga Claudia tidak sukar namun cabarannya bermula apabila tiada siapa yang endah apa yang bakal terjadi kepada anak Claudia kelak. Kalau saya cerita mungkin lain jadinya, tapi yang pasti cabaran Torey bukan mudah lebih-lebih lagi apabila semua orang memutuskan Lori memang tidak boleh membaca tetapi memaksanya adalah satu cara terbaik sedangkan Torey menganggap ada cara lain lagi. Cara yang tidak menyakitkan jiwa kanak-kanak 8 tahun itu. Seperti novel Beautiful Child, Torey juga ada menyelitkan perasaannya, dedikasinya, pendapatnya tentang sistem pendidikan yang ada kalanya tidak adil. Saya banyak tersenyum apabila membaca novel beliau kerana saya sudah boleh yakin bahawa apa yang telah saya lakukan sebelum ini tidak salah. Torey juga melakukannya dan dia adalah salah seorang guru yang terbaik.

 

3. Teacher Man - Frank McCourt

Buku ini baru masuk bab yang ke 4. Tapi istimewanya buku ni, sebab ianya ditulis oleh seorang bekas guru yang mula menulis pada usia 60++. Segala macam pengalaman dari hari pertama dia memasang niat untuk menjadi guru sehingga ke hari ini. Menariknya juga, dia bukan guru yang serius sepertimana guru-guru yang lain. Hari pertama dia bekerja, dia sudah diberi amaran kerana tindakannya menarik perhatian pelajar untuk diam, dipandang serong oleh pengetua. Apa dia buat? Pelajar saling kata mengata lalu melemparkan sandwich, dia mengambil sandwch tersebut dan makan. Niatnya cuma satu. Untuk memberitahu pelajar bahawa membazir makanan adalah tindakan yang tidak bagus. saya suka novel ni sebab diselitkan sekali teori2 yang disampaikan dalam bentuk sinis. Bagi McCourt, teori yang diajar di universiti adalah tidak relevan. Dan itulah realitinya. Tapi saya kurang gemar teknik penceritaannya di mana McCourt bercerita kepada pembaca tentang dia bercerita kepada pelajarnya, jadi saya jadi keliru siapa yang diceritakan?

 

Baiklah. Saya berhenti dulu. Jumpa lagi lain kali... Bye bye...

 

 

 

 

Baca perbualan