helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Anime  Books  Concert  Gossip  Jokes  Movies  Music  Theatre  Video  

Kalau Bukan Avatar 3D Maka Tak Cukup Bagus
Komuniti: Movies | 24/12/2009 | 11:02:25 AM | 301 Views
Share

Kalau Bukan Avatar 3D Maka Tak Cukup Bagus

image

Dah lama aku tak update blog ni. Terasa rindu pulak nak tulis tentang benda-benda lagha yang berlaku di sekeliling kehidupan aku. Maka, pagi ni aku rasa seperti mahu bercerita tentang filem Avatar versi 3D yang aku tonton bersama-sama isteri, rearranged dan juga joni.

http://watchavatarthemovie.com/wp-content/themes/thesis_16/custom-sample/rotator/Avatar-movie-image.jpg
kredit: watchavatarmovie.com

Sejujurnya, ini adalah pengalaman pertama aku menonton filem 3D (maklumlah, aku ni kurang adventourous maka jarang mencuba benda-benda baru). Namun, pilihan filem ini adalah tepat kerana memang berbaloi menonton filem aksi ini terutamanya melihatkan grafik komputer bertahap super dewa dan juga aksi makhluk asing yang seksi bercawat.
 
http://img163.imageshack.us/img163/3923/avatarthemovie6.jpg
Kredit: imageshack.us 


Jadi, tak perlulah aku menceritakan satu persatu tentang apa yang berlaku sepanjang filem ini. RM17 yang aku laburkan (RM12 untuk filem, RM5 untuk cermin mata 3D) untuk hiburan pada pukul 12 tengah malam bersama-sama isteri dan kawan-kawan adalah sangat berbaloi! 

http://screencrave.com/wp-content/uploads/2009/11/avatarkj09-11-20.jpg
Kredit: screencrave.com

9 bintang/10 bintang adalah nilaian utk filem super hujung tahun ini. 

Versi Selamba:

1. Audience yang jakun menjerit2 keriangan pada saat2 awal sebelum movie ditayangkan! awas, anda juga mungkin berhadapan dengan audience yang sama jika anda pergi menonton Avatar 3D.

2. Kalau tak 3D, tak cukup bagus! "Sedangkan aku tengok Avatar yang tak 3D pon dah best, apetah lagi ko yang pegi tengok Avatar 3D" -sekadar memetik kata-kata seorang opismate

3. Alien dalam avatar ni seksi tau! bayangkan manusia yang berleher panjang, berhidung lebar dan berekor.. dan hanya menutup dada dengan manik. hiks! :P

4. Tak tahan bile scene kat cliff kemudian kamera view terjun dari atas cliff. PEH! rasa macam aku pon turut terjun cliff jugak.

5. Aku beberapa kali terperanjat sebab ada beberapa scene yang seolah-olah objek dalam movie tu keluar dari screen! Whoaa !!

6. Kualiti grafik komputernye adalah super gile babas tak hengat dunia hakkunaing!! semua bende kelihatan sangat hidup.

7. Robot-robot dalam Avatar mengingatkan aku kepada Starcraft2 (bile la nak kluar game ni?)

8. Michelle Rodriguez adalah sangat hot!! Kenapa watak dia dimatikan di saat2 akhir?! watak perempuan cantik dan hot kena hidup sampai habis movie plis! Demit James Cameroon! :P
 
Ingat kawan-kawan! Kalo bukan 3D tak cukup bagus! Hehehe.. :P 


author
jojo
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 2)
Integrasi Google dan Kapasitor (Bahagian 1)
13 Perkara yang boleh Anda Lakukan di Langkawi
Bengkel Penulisan Sci Fi dan Fantasi pada 13 Jun 2010
Bagaimana menggunakan FTP client?
8 Dosa Yang Kita Buat di Facebook
Ocean Travel by Lee Sun Gyu (Coffee Prince OST)
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor