Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tsunami 2004

 




26 Disember 2004

Lebih 250,000 terkorban dalam bencana Tsunami yang telah melanda 14 buah negara, termasuk Malaysia. Gelombang setinggi 9.0 Skala Richter yang diakibatkan oleh gempa bumi berlaku sekitar jam 8:59 pagi waktu tempatan. Negara yang paling teruk terjejas adalah Indonesia yang mencapai korban nyawa sekitar 150,000 orang.

 

 

Hari ini.

26 Disember 2009.

Penduduk negara-negara yang telah dilanda Tsunami telah mengadakan upacara mengingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut mengikut budaya dan agama yang diamalkan masing-masing.

Ekoran daripada bencana tersebut, ramai mangsa yang terselamat mengalami trauma dan masih belum dapat melupakan peristiwa buruk tersebut. Sebahagian daripada mereka telah kehilangan hampir keseluruhan ahli keluarga dan sanak saudara serta rakan-rakan telah menziarahi kawasan bencana untuk memperingati mangsa yang terkorban.

 

 

Takziah buat keluarga mangsa.

Al-Fatihah.

-kosong, 26 Disember 2009, 21:24-

 

Nota: Kalau ada di antara ahli Kapasitor yang pernah melalui detik ngeri ni (terutamanya yang kehilangan keluarga/rakan), anda dialu-alukan berkongsi pengalaman di sini. Saya secara peribadi tak pernah berhadapan dengan mangsa yang terselamat dalam Tsunami, dan sangat berharap dapat dikongsi sedikit cebisan daripada peristiwa tu.

 

 

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004

http://www.cnn.com/2009/WORLD/asiapcf/12/26/tsunami.anniversary/index.html?section=cnn_latest

Baca perbualan