Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Teknik Adaptasi( dalam penulisan drama)

 

Setelah merasakan kekurangan hasil karya dari sudut drama maka saya dengan ini berharap sedikit tips ini dapat membantu saudara/saudari seangkatan saya.

Teknik ini diperkenalkan untuk saudara/i menghasilkan skrip drama dengan cara mudah sebelum saudara/i menghasilkan skrip sendiri yang barangkali lebih mencabar.

Langkah-langkah:-

1. anda dapatkan sebuah karya. Contohnya, sebuah cerpen. Cerpen ini haruslah sebuah cerpen yang berkualiti, dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan berpotensi untuk didramakan.

2. baca dan fahami betul-betul teks cerpen ini; isi, semangat, dan plot ceritanya.

3. setelah yakin bahawa saudara/i memahaminya, saudara/i bolehlah mula memindahbentuknya ke dalam format sebuah skrip.

4. saudara/i perlu mematuhi seluruh yang ada di dalam teks asal itu. Misalnya, plot, nama watak, latar, dan dialog-dialognya.

walaubagaimanapun sekiranya ada dialog yang kurang relevan/ sesuai dalam format drama, saudara/i bolehlah menggugurkannya asalakn tidak menjejaskan jalan cerita. ada kemungkinan terdapat bahagian yang berupa 'cakap pindah' dalam teks cerpen, maka saudara/i bolehlah mengubahnya menjadi dialog biasa.

5. jangan lakukan apa-apa penambahan sehingga menyebabkan skrip drama berlainan daripada teks asal.

6. dari segi judul, saudara/i boleh mengekalkan judul asal teks tersebut. ini lebih baik. namun demikian, seandainya saudara/i merasakan ada judul lain yang lebih sesuai, lebih menepati atau lebih mengujakan pembaca, saudara/i bolehlah mengubahnya.

7. catatan berikut perlu disertakan setiap kali anda menggunakan teknik ini, iaitu: Skrip drama ini merupakan adaptasi daripada cerpen ....... karya ..... Ia lazimnya ditulis di bahagian hujung skrip drama anda.

Selamat Mencuba!!!

Nota Kuliah Bacaan Luas SIRI 07,Prof Madya Dr Lim Swee Tin

Baca perbualan