Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Saya Mahu Pendapat Anda

  • mosh
  • 14 years ago
  • 1,407

 




Hai kawan-kawan sekalian,

1) Merujuk pada post blog saya yang lepas, saya amat berterima kasih kepada saudara/saudari Ahnep & Alya kerana sudi membantu saya sebagai jurugambar/wartawan dan telah membuat liputan pertama mereka pada 1/1/10 di kejohanan futsal di dataran merdeka kl bagi penerbitan majalah "Futsal Asia" yang InsyaAllah saya akan terbitkan. Terima kasih juga untuk Ucu kerana bersedia juga untuk membantu dalam projek ini. Keluaran pertama dirancangkan siap pada 7/2/10.

2) Ok, untuk tujuan itu juga saya meminta jasa baik anda untuk memberi pendapat anda bagi soalan di bawah, di mana kami memerlukan pandangan umum. Kami akan mengumpul dan memilih pendapat-pendapat anda (serta foto pasport size) untuk di paparkan juga di dalam majalah ini kelak.

SOALAN :

Sebagaimana mana kita maklum aktiviti sukan futsal ini diminati dan dimainkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat banyak pasukan dan kebanyakan selalunya ahli anggota terdiri dari bangsa yang sama dan amat kurang pasukan yang majmuk dan berbilang bangsa. Apabila terdapat sesuatu pertandingan kita dapat perhatikan berlaku pergeseran sama ada pergaduhan atau pun berbalas cemuh antara mereka. Adakah provokasi ini daripada semangat juang sepasukan untuk mencapai kejayaan ataukah sememangnya sentimen perkauman masih menebal di sanubari mereka? Apakah pendapat anda tentang permasalahan ini , dan jika benar sentimen perkauman menjadi punca, bagaimanakah ianya dapat diperbaiki melalui sukan futsal?


3) Bagi mereka yang berminat, saya juga memerlukan freelance marketer utk :

     a) Distribute Majalah 
     b) Pengiklanan (Jual ruang iklan - commission based, mediakit akan disediakan)
    
4) Ok itu sahaja untuk kali ini, sila ke laman web sementara kami, daftarlah percuma dan berilah pendapat atau cadangan anda.

Sekian , terima kasih.

Baca perbualan