Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Januari 2010

 

SALAM MAAL HIJRAH 1431!
SALAM TAHUN BARU 2010!

Salam bersalamanlah kita :) Jangan cepat terbakar lalu membakar. Jangan paku dulang paku serpih, mengata negara jiran, belakang kita pun sama je terlebih.

Saya harap warga Kapasitor tiadalah yang turut begitu ya! Kita di sinikan dah membudayakan hormat menghormati, sesama jiran, sesama cabang aliran. Banyak lagi pendekatan yang boleh diusaha selain mengguna kekerasan dan keganasan.

Ulang Tahun Kapasitor
Okey!
Januari datang lagi. Januari adalah sinonim dengan ulang tahun Kapasitor. Bagi sesiapa yang belum tahu (entah-entah Kru Pengelola pun ada yang tak tahu), Kapasitor memulakan ‘khidmat’nya pada 31 Januari 2005. Waktu itu Kapasitor hanya menempatkan karya Jojo, Aku Budak Setan: Nazihah. Inilah tulisan yang menyepak mula nama Kapasitor hingga diikuti oleh sekalian ramai pelajar MMU dan UTP pada waktu itu. Saya dan beberapa rakan lain hanya dipelawa sebagai watak picisan, menulis artikel-artikel untuk memeriahkan laman ini.

Kemudian, pada 31 Januari 2006, Kapasitor dibuka keahliannya kepada umum. Semua orang boleh mendaftar dan berkarya. Waktu itu baru seksyen novel yang wujud. Antara pengkarya terawal termasuklah Snubnosse (kini taukeh restoran di Bandar Baru Bangi), Cai (telah bertunang baru-baru ini), Eastlander (gadis super comel yang telah lenyap ditelan bumi) dan siapa tu, mamat sorang tu... haa.. si Cahatomic :D (karya awalnya telah disorok ;p)

31 Januari 2007, Kapasitor membuka seksyen blog, puisi dan prosa (yang kemudian dinamakan cerpen). Kapasitor Bahasa Inggeris juga diwujudkan sebelum Kapasitor Bahasa Indonesia pula dibuka pada 31 Januari 2008. Seiring dengan perkembangan konsisten ini, 31 Januari 2009 menyaksikan sambutan ulang tahun ke-4 dilakukan secara (relatifnya) gilang gemilang di Annexe Central Market.

Keramat betul tarikh 31 Januari ni ya. Jadi, apa pula halnya dengan 2010? Akan ada gala bonanza gilang-gemilang lagikah?

Tidak.

Untuk 31 Januari 2010, buat masa ini tiada apa yang konkrit lagi. Encik Jojo baru usai majlis perkahwinan. Inai pun masih bersisa di jari. Hihi. Mungkin kalau ada pun hanyalah gathering ringkas.

Sebenarnya pihak Kapasitor merancang majlis pada tahun ini diadakan pada pertengahan tahun. Insya Allah pada bulan Jun. Majlis apa? Nantikan pengumuman seterusnya!

Ramalan 2010
Sedikit ramalan saya tentang apa yang akan berlaku pada 2010:

Perselisihan tahunan antara penulis aliran perdana dan frinjan (mulai hari ini saya akan mengeja frinjan menggantikan frinjian) akan berlaku lagi. Biasanya dari kelompok ahli baru. Mungkin juga ini kali yang terakhir. Ha ha. Gelombang entri masih lebih kurang 2009 pada separuh tahun pertama, sebelum ada peningkatan signifikan di separuh kedua. Kapasitor akan mendapat liputan media sekurang-kurangnya sekali. Insya Allah. Paktam85 akan mendapat paling ramai peminat..eh?? Beberapa ahli aktif Kapasitor yang sudah tamat belajar di IPT menghilang, datang ahli aktif yang baru menyinari. Dua pasangan kekasih Kapasitor baru akan ditemui, dan tiada pasangan kekasih Kapasitor yang akan melanjutkan tahap ke alam kahwin tahun ini. Rizzy, Kurusawa dan Paktam85 akan menghasilkan satu kolaborasi unik. Lelaki suci akan—eh lupa! Ustazah saya kata tak baik meramal-ramal ni. Dah la, sampai sini je.

Karya Kreatif
Baiklah .. ha, seksyen puisi apa cerita ni bulan lepas?
Paktam85: Sememangnya seksyen ini mempunyai bilangan karya yang  sentiasa meningkat dari bulan ke bulan. Untuk bulan Disember saja sebanyak 86 buah puisi yang telah dihantar oleh ahli kapasitor dari pelbagai genre puisi. Genre yang paling popular sekali sudah tentunya genre cinta.

Oh, seksyen cerpen pula?
Ridhrohzai: Baiklah, sekitar Disember yang lalu, sebanyak 13 buah tajuk cerpen yang dihantar. Lapan dari genre cinta, tiga dari genre umum, genre eksperimental dan fantasi masing-masing satu cerpen. Jelas berlaku penurunan berbanding bulan lalu.

Ahli Baru
Dari segi ahli baru, selamat datang saya ucapkan kepada pengkarya izyanwasli, kosong, aoutfemme, damiey, koizumi, cringheart, masterfmy dan lain-lain!

Satu yang saya gembira tentang pengkarya baru ini, kebanyakannya rajin berinteraksi dengan pembaca dan melawat karya yang lain sekali. Antara yang menarik adalah balas-membalas dalam puisi seksis dari sudut hawa, adam siap lengkap dengan konklusi . Tak lupa juga entri salam kenalan dari cik kosong. Ha, begitulah attitud yang betul bila berkomuniti! :D

Saya sudahi buletin Kapasitor edisi Januari 2010 ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Disember 2009!

Puisi:
1. Soalan Buat Kaum Hawa - Kurusawa
2. Suatu Permulaan Paktam85
3. Ingin dan Realiti - Fairuzar
4. Teritip swasraya – Paktam85
5. Amaran buat kaum Adam - Aoutfemme
6. Suatu Pemergian - Myelina
7. Pesan buat suamiku - Aoutfemme
8. Sajak Seorang Teruna yang Kehilangan Daranya - Teratak
9. Resolusi – Kapakajaib
10. Prosa: Mungkinkah peri menangis – Adreena
11. Kias cendera – Kiambang

Cerpen:
1. Sunyi – Putri_Alya (reviu Cinta Sebuah Realiti Kehidupan oleh Paktam85)
2. Maaf Pun Berbekas – Uculer (reviu Membaca Dalam Cerpen oleh Ridhrohzai)
3. Lelaki Jalang – Dayya
4. Masih Ada Kasih – Ridhrohzai

Cahatomic,
Kapasitor MS

Baca perbualan