Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pukul 11

 

Entri blog nie tak de kene mengena dgn tajuk dia.. Bila nak tulis tajuk selalu mati kutu dan akhirnye belasah aje..

Selamat datang ke tahun 2010 ( dituju khas kepd aku). Bukanlah benda yang menakutkan bila menjengah ke angka 25. :). Tp sbnrnye aku gembira sangat permulaan tahun ini.. Bukan seperti tahun lepas, permulaan tahun hingga ke akhir tahun aku dalam "mode" diuji oleh Allah. Sakit sangat. Walaupun sekarang bukanlah 100% pulih (sbb kdg2 sebelum tido, menangis juga), tapi alhamdullilah tak seteruk dulu. Dipendekkan cita, aku memulakan hidup baru ku ini dengan membuat aktiviti yang paling aku suka.

Penghujung tahun 2009, aku mula mendaftarkan diri sebagai pelajar separuh masa di UiTM Shah Alam. Dan minggu ini, adalah minggu pertama aku menghadirkan diri ke kuliah. SGT EXCITED! WAH WAh WAH. Walaupun penat balik keja, bergegas pergi ke Shah Alam.. meredah kesesakan NKVE di waktu puncak lagi, tapi rasa sgt puas.

Kuliah setiap hari selasa dan khamis. Pukul 8-10 mlm. Penat memang penat sbb esok nye kena punch card pukul 7.15am.  Tiap kali kuliah dekat blok B4 Fakulti Kejuruteraan Kimia. Nasib baik hari pertama, adik teman sekali. Kalau tak mesti da sesat-sesat. Thanx juga dekat GPS ku. Sejak ada dia, aku dah tak sesat2 dah.

Sampai pintu pagar UiTM, bukan cari kelas dulu.. tapi gi survey swimming pool dia dekat mana.. ha ha ha! So, pertama kali aku jejak kan kaki ke fakulti kejuruteraan, selama ini dekat fakulti sains aje. Perasaan dia macam semacam. Ke sebab aku je yang rasa bukan-bukan.

Aku dapat kawan baru. Nama dia Yasmin. Sangat peramah. Tempat duduk? Seat yang paling depan.. ha ha ha! (padahal sepanjang kuliah aku asyik-asyik nguap2).. Ada perasaan pelik sebab kena duduk. Biasa aku yang berdiri kat depan, memegang marker pen itu, tapi tidak untuk malam ni.

Jadual swimming aku dengan kawan matriks (jumpa balik pada hujung tahun lepas, anis and ekin) terpaksa dirombak. Daripada hari selasa bertukar kepada jumaat, di UM. Cuma hari isnin dan rabu saja badan dapat berehat lebih masa. :). Seronok gila dapat swim balik.. Lemak-lemak kat perot ni harus dibakar sehangus-hangusnya. ha ha ha!

Tahun ini juga, setiap hari sabtu aku akan membawa diri ke Banting. Memulakan khidmat sebagai SUKARELAWAN di rumah amal anak -anak yatim (YPIN). Mengajar sains dan matematik kepada students form 3 yang nak amek periksa tahun ini. (walaupun, ada 2 ekor yang asyik hilang dari meja). Dan esok, lepas mengajar aku and budak-budak tu, akan dijemput oleh PETRONAS utk buat lawatan. (Cerita pasal ini akan diupdate kemudian)

Kepada pegawai yang asek makan 24/7 itu, terima kasih banyak-banyak. Sebab selalu bertanya khabar di kesemua tempat yang dinyatakan di atas. :D

Baca perbualan