helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah
Komuniti: Life | 17/01/2010 | 01:31:27 AM | 179 Views
Share

10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah
 

Perjumpaan semula setelah 16 tahun tidak berjumpa.

16 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Kalau ada orang yang baru lahir 16 tahun yang lepas, maka orang itu sudah tahu keputusan PMR beliau dan sekarang berada dalam tingkatan 4. 16 tahun juga bermakna kita undur semula ke tahun 1994 dan lihat apa yang berlaku pada tahun tersebut:

1. 1 Januari 1994, Johor Bahru berstatus bandaraya.
2. 15 Januari, Tun Haniff Omar bersara dari kerjaya beliau.
3. Januari: Pembinaan Empangan Bakun bermula.
4. Februari: Proton Saga Iswara digunakan sebagai teksi.
5. 7 Februari: planetarium negara dibuka secara rasmi.
6. 26 April: Tuanku Jaafar dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.
7. May: Perodua Kancil dilancarkan.
8. 16 Julai: Stadium Shah Alam dibuka.
9. 10 Oktober: Mega TV dilancarkan.
10. 21 Oktober: A-Arqam diharamkan.
11. Tema kemerdekaan pada tahun itu adalah: Nilai Murni Jayakan Wawasan.

Itu perkara-perkara yang berlaku 16 tahun yang lalu. Hari ini (semalam) kami bertemu semula. Dah tentu banyak perkara yang kami bualkan, segara khazanah memori silam kami gali.

Inilah kami kelompok kecil daripada pelajar darjah 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Peel pada tahun 1994. Ada yang masih single, ada yang sudah tak sabar nak berkahwin, ada yang sudah ada anak berumur 9 tahun (wow!), ada yang masih belum decide bila hendak kahwin dan ada 2 pasangan yang baru berkahwin.

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs139.snc3/18653_259159290772_688245772_3933365_871757_n.jpg 

 http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs148.snc3/17542_246205712861_716067861_3175170_6264831_n.jpg

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs139.snc3/18653_259175345772_688245772_3933386_2263579_n.jpg

Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Peel banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku. Berikut adalah 12 perkara yang aku masih ingat ketika aku di sekolah rendah.

1. Kawan sekelas aku telah berjaya berak di dalam kelas. (Berak cair)
2. Aku mula belajar meminati gadis-gadis comel tapi tak boleh buat apa sebab gadis-gadis itu rata-ratanya lagi besar daripada aku.
3. Aku telah mendapat perhatian ramai kerana emak masih menghantar makanan kepada aku ketika rehat masa aku darjah 3.
4. Aku mula pandai membodek cikgu setelah menjawat jawatan pengawas perpustakaan,
5. Sanggup datang ke sekolah pada cuti hujung tahun semata-mata untuk membaiki buku kat perpustakaan (dan membodek cikgu Zaimunah - cikgu perpustakaan ketika itu) 
6. Membeli ais yang dibungkus di dalam plastik dan menjaram ke dahi pada waktu tengah hari apabila masuk bulan Ramadan.
7. Makan aiskrim pada rehat tengah hari pada bulan Ramadan (dan kantoi dengan gadis yang aku minati).
8. Bergaduh dengan rakan sebaya yang badannya 3 kali ganda daripada aku (dulu aku kecik comel cinonet) dan menang.
9. Pertama kali memakai gincu kerana cikgu kebudayaan cakap kalo tak pakai gincu nanti muka aku dalam gambar tak cantik (ketika ini aku buat persembahan masa majlis anugerah cemerlang akhir tahun). 
10. Belajar membuat bintang menggunakan kertas kilat daripada seorang rakan perempuan bernama Chow Yoke Kit.
11. Diketuk di kepala dengan rekoder kerana memboikot kelas muzik.
12. Unbeatable dalam game "Kepong". (main titik-titik atas buku matematik) dan seterusnya menyambung ke-lagend-an permainan ini ke sekolah menengah.

(Ok, mari lihat gambar-gambar ketika aku sekolah rendah dahulu)

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs140.snc1/5969_108253777861_716067861_2205597_5925286_n.jpg 
*Oi! Bawak brick game ke sekolah? masa ni aku darjah 3 kalo tak silap.

 http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs160.snc1/5969_108253747861_716067861_2205593_5697209_n.jpg
*Cikgu tak datang hari ni, horay!!

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs140.snc1/5969_107900322861_716067861_2201069_4161965_n.jpg
*Sape la yang amek gambar ni? Haihh..

Bagaimana dengan korang? Masih ingat lagi apa yang pernah anda alami ketika berada di sekolah rendah? Jom share dengan kitorang tentang 10 PERKARA YANG MASIH DIINGAT KETIKA SEKOLAH RENDAH.

*Info 1994 di atas diambil bulat-bulat dan diterjemahkan mengikut pemahaman penulis dari http://en.wikipedia.org/wiki/1994_in_Malaysia

 

author
jojo
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Job Oppurtunity for Ghostwriters/ Freelance Writers
Piknik sambil ber-Paintball
Mari Menembak, Bergayut, Membelah Sungai dan Meredah Hutan
Muat Turun Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Prebiu majlis persandingan Johari & Nadia
Kalau Bukan Avatar 3D Maka Tak Cukup Bagus
Budin, Gayah dan Tompok
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari