Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah

 

Hai, nama saya Cahatomic. Seperti Jojo saya juga bersekolah rendah sejak Disember 1988 hingga Oktober 1994 :)

Nah, ini adalah "10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah" versi saya.

1. Darjah 1, aku kelas 1 Kenari. Aku suka kat seorang budak kelas 1 Serindit. Sejak darjah 2, kami sekelas hingga darjah 6 (kelas top). Aku tau nombor telefon rumah beliau selepas buka buku panduan telefon dan cari nama ayah dia, dan tengok alamat betul ke tak area rumah dia. Berapa page tah kena selak dan baca tulisan halus  tu. Bila dah dapat, aku akan call untuk dengar dia cakap "hello" sebelum letak :)

kwn2 satu van pegi sekolah

2. Darjah 2, zaman main tepuk batang aiskrim sangat top. Batang aiskrim siap dikertaspasirkan, diukir, dilukis, disapu habuk karbon pensel dan disalut lilin. Kalau kalah, kena kasi sebatang kayu aiskrim kat lawan.

Event paling best, kalau main batang yang kalah kena serah kat lawan. Ha ha, aku pernah buli budak sesi petang. Habis semua 'King' dia aku dapat. Kayu batang aiskrim yang kualiti tinggi pula tu (aiceh!). Esoknya dia cari aku nak balik batang-batang dia tu. Kami gaduh belakang bilik guru besar. Aku baling dia dalam longkang. Tak habis. Lusa dia datang bawak 15 orang. Aku cabut nyorok bawah tangga depan pejabat. Kawan aku yang kena ugut dan debik, belakang dinding tempat aku nyorok tu. Aku cuma mampu dengar dia menggigil-gigil jawab tak tahu di mana aku berada. Darjah 2 dah samseng budak sekolah petang ni.

3. Darjah 3, aku dapat seorang guru bahasa jawi Kelantan. Dia ajar sebut huruf "syim" tu "syen". Aku cakap "Syim la ustazah!". Dia kata, "Taaak. Syenn!" Fedap hakuh! :p

adik and me. pintu rumah 1993
4. Duit belanja aku waktu darjah 1-3 adalah 50 sen. Darjah 4-6, 60 sen. Aku akan gunakan untuk buat beli keropok 6 batang. (Patut la sampai sekarang duk kat Bandar Keropok pun tak pernah puas makan. Memang hantu malaun keropok sejak azali) :p

5. Sejak darjah 4-6, mak aku akan kasi RM1 (kemudian darjah 6 naik RM1.20) untuk beli nasi lemak ayam waktu rehat (kena  tempah waktu sebelum masuk kelas). Ayam seketul besar beb time tu ;p Mak aku kesian tengok abah kasi aku duit belanja sikit kut. Ha ha.

6. Darjah 4, aku adalah pemenang 3 tulisan terburuk dalam kelas. "Tulisan macam cakar ayam!" Jerkah cikgu bila tanda buku karangan aku. Aku juga dilabel "Kucing Comot" :) Selepas aku tamat SPM, aku melawat guru tersebut di rumahnya.
"Cikgu kenal saya lagi?"
"Kenal! Kucing Comot!"
"......"
Hoi, adakah muka aku memang tak pernah berubah!? Atau cikgu memang tak ada anak murid lain selain aku?
Cikgu tersebut turut cam muka dan boleh sebut nama abang aku yang berumur 4 tahun lebih tua, pun tak jumpa sejak beliau tamat darjah 6. Mesti dia banyak makan ikan yang mengandungi Omega-3.

7. Semasa darjah 5, selama beberapa minggu aku pernah amalkan pembacaan ritual serapah sambil berjoget-joget. Okeylah bohong, aku sebenarnya akan pasang kaset sebuah kumpulan rap yang menggantung CD sebagai aksesori mereka. Lagu wajib dimainkan dari awal side A hingga habis B. Nyanyian mestilah berbentuk hafazan, bukan baca lirik. Baru boleh pergi sekolah.

"Street fighter.. hulkhogan.. PACMAN!.. kungfuu fighterrr.. bomberman.. battle city.. MARIO BROS! Icee climberr.... nintendo! brickgame! SEGAA! NINJAA TURTLEEEE.. YEAAAAAHHH! HO HO!"
Okey sila teka ni lagu apa.

8. Baik di sekolah Kebangsaan mahupun Agama, aku hidup di bawah bayang-bayang abang aku yang terlalu bijak dan berkarisma. Bila aku buat salah, markah teruk atau bertulisan buruk.. "Kamu tahu tak, dulu abang kamu tu... bla bla bla bla"

Kalau time nak bayar yuran sekolah Agama pun .."Ha.. abang kamu apa khabar? Dia dulu kan bla bla bla bla bla," kata guru besar yang dipanggil Ummi. Its hard to be me yew knohh! ;p

9. Tiap kali habis latihan sukan darjah 4 hari khamis. Aku akan bergegas memecut basikal ke rumah. Pukul 430 ada Ksatria Baja Hitam. Pukul 5 ada Space Cop Gaban. Tapi selalu Ksatria Baja Hitam dapat tengok last-last je. Time dia dah nak kasi penerajang Tendangan Paduuu Mauuuutttttt!

10. Hari mendapat keputusan UPSR adalah hari paling menggembirakan. Itu adalah peperiksaan besar pertama aku :) Alhamdulillah dapat keputusan cemerlang. Segala label tulisan cakar ayam, kucing comot, si selekeh, lelaki suci dan sebagainya tu telah terubat. Hihi. Kaset pertama yang saya beli guna duit sendiri adalah hasil dari wang hadiah UPSR. Saya beli kaset Feminin - Kini.

"Kami pelajar semua,
Berjanji berusaha,
Mencapai cita-cita,
Untuk berjaya!

Gombak 1 dicita,
Jasamu dimulia,
Bersatu sentiasa,
Amalan utama!

Gombak 1, 
Kian maju,
Agar kekal berpadu,
Gombak 1,
Terus maju,
Bina tenaga baru!"

p/s: aku tak scan gambar-gambar sekolah rendah lain. haih.

Baca perbualan