Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Orang Baru Jelajah Kapasitor: Sambutlah aku!

  • asma
  • 14 years ago
  • 1,414

 

Ceceh, sy rasa tajuk tu sangat lucu. Melampau sekali. Tapi sy cuba taknak ikut 100% saranan en. cahatomic :P yang merupakan orang pertama menyambut sy di kapasitor. Ada syarat rupa-rupanya. Beserta cadangan yang panjang berjela. Hukhuk. Jgn mara en. caha :P Ia amat berguna buat saya yang blur ni :)

Nak dijadikan cerita, jodoh sy bertemu dengan Kapasitor adalah pada... er... beberapa tahun yang lalu. senior sy yang kenalkan. sy sendiri tak pasti dia aktif lagi ke tak kat sini. ID dia pun sy dah tak ingat. Hehe. Baru-baru ni, sy mengemas emel. (rajin tak? kerja gila tu namanya!) tiba-tiba jumpa kapasitor ni. Oh, siries rasa rindu giller! so, masuklah semula. hehe.

sebelum membebel lebih panjang, saya asma'. pelajar tahun akhir UIA, jurusan sains matematik. pandai math? jangan.. jangan sekali beranggapan begitu.. saya sangat bebal dalam math sebenarnya. berasal dari shah alam, saya ke sini asalnya kerana suka baca puisi. dapatkan ilham dan lahirkan ilham. err.. lahirkan tu agak susah sikit. haih~ memang tak ada sebarang kepakaranlah sy ni. ah! tapi saya rs ad satu. kemahiran seni gulungan kertas. boleh la mengusar2 gambar yang sy dah kongsikan? hehe. sy sgt2 suka buat kad :)

sedikit tentang karakter saya. saya ni ekstrimis! hehe. maksudnya, kalau suka, suka sgt. kalau sedih, sedih sangat. kalau marah, ui! garangnye! kalau makan, gelojoh sangat banyak! dan semualah. saya tak pandai berkawan, tapi saya suka berkawan. selain ekstrimis, sy tak pasti sy mcm mana. hehe. masih belajar handle emosi kot. ah, dan juga pembaca senyap. saya jarang beri komen, tapi tak bererti sy tak baca karya2 di sini :)

nampaknya, pnjg sy membebel. harap sedikit (Sedikit ke?) pengenalan ni, dapat buka ruang sy untuk diterima kalian semua. teruskan berkarya!

Baca perbualan