helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor MS: Pertandingan Cerpen Antara Sekolah-sekolah Jemputan Daerah Keningau!
Komuniti: Information | 27/01/2010 | 20:27:49 PM | 294 Views
Share

Kapasitor MS: Pertandingan Cerpen Antara Sekolah-sekolah Jemputan Daerah Keningau!
 

Salam sejahtera kepada warga Kapasitor sekalian :D

Buat julung kali, Kapasitor akan mengadakan kolaborasi dengan pihak luar untuk menjayakan program. Bagi projek sulung ini, Kapasitor, dengan kerjasama guru dari sekolah-sekolah di sekitar Keningau, Sabah, akan mengadakan pertandingan menulis cerpen bagi murid-murid sekolah mereka.

Projek yang bakal berlangsung bulan Februari ini sudah lama menjadi angan Kapasitor. Memang hasrat kami untuk lebih memainkan peranan dalam masyarakat dan diharap melalui program sebegini kami dapat memberi manfaat kepada warga sasar yang terlibat.

Buat masa ini kita masih belum mempunyai nama bagi pertandingan tersebut. Mungkin anda semua mahu memberi usul? Pertandingan terbuka kepada dua kategori, menengah rendah dan atas. Cerpen yang dihantar adalah bebas tetapi harus mempunyai ciri lokaliti masyarakat di Sabah!

Wah, tak sabar nak lihat bagaimana hasilannya! Berusahalah murid-murid daerah Keningau!

Oh ya, untuk pengetahuan anda semua juga. Tim jawatan kuasa yang akan menjayakan projek ini bekerja secara sukarela :) Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang kebolehan, masa dan tenaga mereka!

Kami juga sedang mencari dana untuk pemberian wang hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam kedua-dua kategori tersebut. Bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan ikhlas bolehlah menghubungi saya untuk perinciannya.

Kami memerlukan RM585 untuk jumlah hadiah keseluruhan dan setakat ini sudah pun mengumpul sebanyak RM220.

Selain itu, besar juga hati kami jika ada yang mahu menyumbang buku-buku menarik kepada pemenang. Mungkin penulis Pendeta Gua Khayalan ke ... *batuk*. Nak sumbang "Aku Terima Nikahnya" macam terlalu awal pula. Hihi. Tu saya yang kebas nanti walaupun saya dah baca.
 

Baiklah, sampai di sini dulu. Sekian terima kasih.

Cahatomic
Pengarah Program
Pertandingan Menulis Cerpen Keningau.

author
cahatomic
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Kapasitor MS: Buletin Mac 2010
Kapasitor MS: Buletin Februari 2010
Kapasitor: Selamat Harijadi! (versi Kapasitor MS)
10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah
Kapasitor MS: Buletin Januari 2010
Kapasitor MS: Buletin Disember 2009
Personal: Bila Keranda Sudah Dibawa Barulah Kau Bercucuran Air Mata!
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari