Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Designer, ayuh ayuh!

 

Salam. Halo. Hai. Hello. Meow meow.

 

Hari Ahad, hari malas. Esok sudah Februari 1. Fuyyoo fuyyoo dah sebulan ye budak form5. Esok mula jadual baru. 7:20-2:20 kelas wajib, TANPA GAB untuk rehat/solat/makan terus masuk kelas tambahan sampai 3:20. Maka lari lari aku, lari tinggalkan, tinggalkan semua ini,....  (Rimas, Fabulous Cats) la lepas tu rush solat segala. Penat tahu? Boleh kurus kan kan? Yeah gigih lagi menuju kurushhhh!

 

Nampaknya sekarang musim menelaah novel kan dekat sini? Saya tengok Cik rObOt kita, gigih betul mengomen setiap chapter yang beliau baca. Teruskan usaha Bot Bot. Yeah yeah you can do it! Heheh. Jeles sungguh dengan kelapangan beliau dan kakak-kakak abang-abang yang lain. Saya cuma mampu pulun online Jumaat-Ahad, tu pun sempat cekidout puisi & cerpen je. Al-maklumlah, tengah gigih tackle ilmu untuk date dengan SPM November karang. I lap u lah SPM.  (pujuk diri sendiri)

 

Oh ye.

Ada tak dalam kalangan kakak-kakak abang-abang Kapasitor ni yang involve dalam

Industrial Design

atau ada info pasal tu? Saya tengah gigih mencari info kerjaya lepas kena cekup join Program Maju Diri (PMD) minggu lepas. Sangat berkobar-kobar ni. Harap ada yang dapat membantu saya.

 

Nanti 2-3 hari lagi saya online kejap kot. Kot kot dah ada respon kan. Lailailai.

 

Ok la babai nak sambung buat homwek Addmath, Chemis, me-nota-kan Agama Islam & plan nak breakfast & bawak bekal apa esok. Tak balik tengahari, malas pegi beli kat kantin nanti makcik kantin ngorat. Bai. Oh lupa, Saya makin suka menjahit walaupun kadang-kadang kelincahan jarum mencium jari agak menensenkan. Nanti boleh la tempek kat bahagian art kan kan. Ok ok ni babai yang last.

Makin tembam,

0 (kosong)

Baca perbualan