helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor: Selamat Harijadi! (versi Kapasitor MS)
Komuniti: Information | 31/01/2010 | 22:35:19 PM | 247 Views
Share

Kapasitor: Selamat Harijadi! (versi Kapasitor MS)
image

31 Januari 2010.
Genap lima tahun Kapasitor ke talian.
Cukup empat tahun Kapasitor membuka keahlian kepada umum.

Sepanjang usia kelima ni, senang saya simpulkan Kapasitor tidak banyak berubah. Entri yang dihantar konsisten dalam lingkung bilangan sama. Pengkarya aktif datang dan pergi. Sesetengah kekal berdiri. Sesetengah sudah dikurung prioriti.

Kapasitorian majoritinya pelajar universiti. Maka lazim yang membawa diri adalah yang baru mula alam kerja. Fenomena normal. Dah mangli.

Cuma akhir-akhir ni saya jadi risau sebab yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi adalah dua Kru Pengelola yang saya berhajat untuk kekalkan bagi penggal akan datang. Kedua-duanya adalah anak muda paling menyinar tahun ini. (Anak muda? wahh, macam jauh sangat je aku ni lagi tua :p) Bagaimana agaknya komitmen Paktam85 dan Ridhrohzai bila dah melangkah alam kerja kelak?

Silang jari, saya mengharapkan yang terbaik untuk mereka :)

Situasi ni buat saya teringat waktu Kru Pengelola batch pertama, Syud, memohon untuk mengundur diri. Saya macam.. ah, setelah setahun bekerjasama. Semacam rasa sayang melepas beliau dari tim kru.

"Caha tak expect Syud akan kekal selamanya aktif kat sini kan? Suatu hari Syud akan pergi juga."

Itulah kata-kata beliau yang buat saya sedar tentang realiti berkomuniti begini. Beliau harus menumpu pada projek tahun akhir dan latihan klinikal yang bakal menentukan halatuju hidupnya :)

Sejak 'Peristiwa Syud' saya sudah betah menerima. Tiga lagi kru datang dan pergi. Dua yang lain masih kekal ke hari ini. Namun yang pergi pun, bukan bermaksud hilang terus. Mereka masih berbakti dengan cara tersendiri. Terutama yang empunya gelar Tok Penyu :) Pada saya beliaulah role model terbaik sepanjang tahun kelima ini.

Alhamdulillah.

Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang pernah menyumbang ilmu, pengalaman, masa dan tenaga selaku Kru Pengelola Kapasitor MS. Terima kasih Kak Mas, Apun, Syud, Nurie, Kak Maria, Abang Sham, Paktam dan Riri! I lap yuh all!

Jasa anda semua hanya tuhan yang boleh membalasnya :)

Terima kasih juga saya titipkan untuk setiap satu ahli Kapasitor terutama yang bergiat di seksyen kelolaan saya, Bahasa Melayu.
Baik yang menyumbang karya, mengomen, menilai, memberi dorongan, mengkritik demi kebaikan, membaca dalam diam atau apa saja, sesebuah komuniti tidak akan berkembang tanpa kolaborasi yang anda semua tunjukkan.

Tahniah khas buat Riri dan Apun yang menjuarai carta komen bagi seksyen Novel, Cerpen dan Puisi! 

Tahun ini saya gembira melihat aliran perdana dan frinjan semakin menonjol menyuburkan cabang masing-masing. Tahap persefahaman antara keduanya semakin matang. Tidak perlu lagi saling bertingkah saling memerli. Oh ya, tertanya saya ke mana hilangnya ratu frinjan kita cik Hulubalang. Rindu dengan buah tangan beliau yang kadang-kadang radikal.

Saya juga gembira dengan projek-projek khas hasil paduan tenaga sesama ahli untuk menghasilkan sesuatu karya. Tepukan istimewa dari saya buat Paktam85, Rizzy, Kurusawa dan pengkarya lain yang pernah mencuba. Tahun 2010 ni entah apa pula yang akan diusahakan.

Ulang Tahun ke 4

Kalau anda tanya saya, adakah 2010 ini akan lebih baik dari sebelum? Saya angguk yakin. Kapasitor sudah pun memulakan projek pertamanya seperti yang anda maklum: Pertandingan Menulis Cerpen Bagi Sekolah-Sekolah Jemputan Daerah Keningau. Projek pertama seumpamanya dari kami. Besar hajat saya agar program ini akan berjalan lancar dan kami boleh ambil pengalaman tersebut untuk buat program yang lebih besar dan bermakna.

Selamat ulang tahun ke 5 Kapasitor! Semoga usia keenam ini kita akan lebih maju, matang dan memberi impak positif kepada lebih ramai orang.

author
cahatomic
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Kapasitor MS: Buletin Mac 2010
Kapasitor MS: Buletin Februari 2010
Kapasitor MS: Pertandingan Cerpen Antara Sekolah-sekolah Jemputan Daerah Keningau!
10 Perkara Yang Masih Diingat Ketika Sekolah Rendah
Kapasitor MS: Buletin Januari 2010
Kapasitor MS: Buletin Disember 2009
Personal: Bila Keranda Sudah Dibawa Barulah Kau Bercucuran Air Mata!
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari